Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Matematik Sekolah Menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kualiti pengajaran dan pembelajaran (P & P) guru matematik sekolah menengah di kawasan Kangar, Perlis. Secara spesifiknya, kajian ini berfokuskan kepada tahap persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran (P & P) guru matematik sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norazman, Arbin, Nor’ain, Mohd. Tajudin, Nur Fazliana, Rahim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/674/1/Kualiti%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20guru%20matematik%28abstract%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/674/
http://www.math.upm.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kualiti pengajaran dan pembelajaran (P & P) guru matematik sekolah menengah di kawasan Kangar, Perlis. Secara spesifiknya, kajian ini berfokuskan kepada tahap persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran (P & P) guru matematik sekolah menengah, hubungannya dengan pencapaian matematik dan perbezaan persepsi antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan melalui soal selidik yang melibatkan 120 orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 21 item soal selidik yang merangkumi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Data yang dipungut melalui soal selidik di analisis menggunakan perisisan komputer, Statistical Package for the Social Science (SPSS). Persepsi pelajar terhadap kualiti P & P guru adalah berdasarkan kepada tahap persetujuan yang diukur menggunakan skala Likert lima poin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran guru matematik secara keseluruhannya adalah dalam kategori baik. Namun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan pencapaian matematik mereka sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan. Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Oleh itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada guru-guru bagi meningkatkan kualiti P & P mereka. Katakunci kualiti pengajaran dan pembelajaran guru