Pemerolehan dan Penguasaan Bahasa Kanak-kanak dari sudut Fonologi : Kajian Pemerolehan Dialek Melayu Sarawak

Makalah ini merupakan analisis tentang penggunaan dan pemerolehan bahasa kanak-kanak dari sudut fonologi. Kanak-kanak telah dibekalkan dengan kebolehan menggunakan bahasa sejak dilahirkan yang dinamakan nahu universal (Universal Grammar). Kemampuan bahasa manusia adalah semula jadi (innate). Kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatimah, Hj Subet, Salbia, Hassan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/6599/1/Pemerolehan%20dan%20Penguasaan%20Bahasa%20Kanak-kanak%20dari%20sudut%20Fonologi%20Kajian%20Pemerolehan%20Dialek%20Melayu%20Sarawak%20%28abstract%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/6599/
https://scholar.google.com/citations?view_op=view_citation&hl=en&user=Y2kcGykAAAAJ&cstart=20&pagesize=80&citation_for_view=Y2kcGykAAAAJ:UebtZRa9Y70C
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini merupakan analisis tentang penggunaan dan pemerolehan bahasa kanak-kanak dari sudut fonologi. Kanak-kanak telah dibekalkan dengan kebolehan menggunakan bahasa sejak dilahirkan yang dinamakan nahu universal (Universal Grammar). Kemampuan bahasa manusia adalah semula jadi (innate). Kajian ini akan memperlihatkan jangka masa kritikal untuk memperoleh bahasa iaitu antara umur 1-5 tahun dan apabila usia mencapai 13 tahun, pemerolehan bahasa adalah melalui pembelajaran. Steinberg (1995), membuktikan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak berkembang mengikut susun atur, yang bermula dengan peringkat ‘vokalisasi’, ‘holofrasa’, ‘telegrapik’ dan berakhir pada peringkat ‘perkembangan ayat-ayat kompleks’. Kajian ini memanfaatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun dengan menganalisis keupayaan kanak-kanak ini menguasai aspek fonologi. Proses-proses seperti ‘ommissions’ yang melibatkan proses penyingkatan ke ekasuku; gantian-gantian; geluncuran, likuida; dan suku kata kanonik telah digunakan untuk mengesan keupayaan sampel kajian memperoleh sudut fonologi bahasa pertamanya, iaitu dialek Melayu Sarawak