Jenayah Penipuan Komersil di Malaysia

Pada masa kini, jenayah penipuan komersil berlaku di mana-mana sahaja. Dengan ledakan dunia teknologi maklumat, setiap orang dapat mengakses Internet tanpa mengira tempat dan masa serta dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan jimat. Namun, disebalik dunia yang tiada penghujung ini, terdapat juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatin Adha Murad, Murad, Mohammad Rahim, Kamaluddin, Wan Shahrazad, Wan Sulaiman
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UKM 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45601/1/Jenayah%20Penipuan%20Komersial%20di%20Malaysia%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45601/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini, jenayah penipuan komersil berlaku di mana-mana sahaja. Dengan ledakan dunia teknologi maklumat, setiap orang dapat mengakses Internet tanpa mengira tempat dan masa serta dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan jimat. Namun, disebalik dunia yang tiada penghujung ini, terdapat juga sisi gelap yang tidak boleh disangkal kewujudannya. Dengan menggunakan internet, penjenayah komersil licik mendapatkan mangsa mereka dengan melakukan pelbagai muslihat. Hal ini menyebabkan mangsa kerugian wang yang besar manakala penjenayah pula dapat menghilangkan diri selepas menipu mangsa. Lebih membimbangkan, semua orang tanpa mengira latar belakang demografi ada potensi menjadi mangsa jenayah penipuan komersil. Dalam meneliti kejadian jenayah penipuan komersil, faktor psikologikal hendaklah dititikberatkan untuk memahami trend pemangsaan dan pemangsaan semula jenayah. Lantaran itu, selain daripada perspektif kriminologikal, buku ini juga ditulis untuk mengupas kejadian jenayah penipuan komersil dari sudut psikologikal. Disebabkan disiplin psikologi mula mendapat tempat dalam masyarakat, penulis berharap agar penggunaan terma psikologi yang digunakan dalam buku ini mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini diharap dapat memberi sumbangan dalam disiplin psikologi dan kriminologi melalui usaha pembinaan profil psikologikal pemangsaan jenayah penipuan komersil di Malaysia.