Ekologi Bahasa Bisaya di Limbang Sarawak

Disiplin eko-linguistik, atau juga dikenali sebagai ekologi bahasa merupakan konsep yang dirintisi oleh Haugen (1972) dengan menggunakan ekologi persekitaran sebagai metafora untuk persekitaran sesuatu bahasa dengan memfokuskan kepada beberapa topik utama misalnya diversiti bahasa, cabaran bahasa mi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chong, Shin, Dilah, Tuah, Yao, Ling, Pan, Hui
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45439/1/3.%20EHMAP-12%20Prosiding%20-Batam.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disiplin eko-linguistik, atau juga dikenali sebagai ekologi bahasa merupakan konsep yang dirintisi oleh Haugen (1972) dengan menggunakan ekologi persekitaran sebagai metafora untuk persekitaran sesuatu bahasa dengan memfokuskan kepada beberapa topik utama misalnya diversiti bahasa, cabaran bahasa minoriti, pengekalan dan kehilangan bahasa. Makalah ini bertujuan mengupas ekologi bahasa Bisaya, salah sebuah etnik minoriti di Limbang, Sarawak. Tinjauan kosa ilmu mendapati bahawa kajian ke atas bahasa Bisaya amat terbatas dan status kelangsungan bahasa ini belum diketahui kerana faktor geografi. Bagi mengenalpasti status tersebut, kajian ini menggunakan kaedah wawancara, pemerhatian dan pendekatan pemotretan bahasa untuk mengetahui kedudukan dan sikap penutur terhadap bahasa Bisaya. Hasil kajian mendapati bahawa bahasa-bahasa yang berada dalam ekologi bahasa Bisaya adalah bahasa Iban, dialek Melayu Sarawak, dialek Melayu Brunei dan bahasa Melayu percakapan. Di ekologi yang majmuk dari segi bahasa dan dialek, penduduk Bisaya pada umumnya menguasai bahasa-bahasa ini untuk berbagai tujuan interaksi. Mereka juga didapati masih menguasai bahasa Bisaya dengan baik walaupun terdapat tanda-tanda kemerosotan, terutamanya dari segi pengetahuan lokal terhadap nama tumbuhan. Dari segi sikap dan penerimaan mereka terhadap bahasa Bisaya dan bahasa lain di sekitar mereka, kajian potret bahasa terhadap keterikatan emosional peribadi penutur mendapati bahawa bahasa Bisaya tetap diakui sebagai bahasa penting. Motivasi dan sikap terhadap bahasa-bahasa luaran lain pula dipilih dengan orientasi yang bersifat instrumental.