AKAL BUDI DALAM SEMPAMA JAKU IBAN (PERIBAHASA) BERIMEJKAN MAMALIA BERDASARKAN PERSPEKTIF SEMANTIK INKUISITIF

Peribahasa telah digunakan oleh masyarakat Iban untuk menyampaikan nilai-nilai (positif dan negatif), ajaran (nasihat dan petunjuk), kearifan tempatan, dan pengalaman hidup. Masyarakat Iban juga menggunakan imej perlambangan di sekitar mereka untuk menonjolkan hubungan antara sikap manusia atau situ...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rynna Sha’erra, Mindew Douglas, Mary Fatimah, Subet, Muhammad Zaid, Daud
Format: Article
Language:English
Published: UUM PRESS 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45372/1/Akal%20budi%20dalam%20Sempama%20Jaku%20Iban%20berimejkan%20mamalia%20berdasarkan%20perspektif%20semantik%20inkuisitif-1%20%281%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45372/
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/21956
https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peribahasa telah digunakan oleh masyarakat Iban untuk menyampaikan nilai-nilai (positif dan negatif), ajaran (nasihat dan petunjuk), kearifan tempatan, dan pengalaman hidup. Masyarakat Iban juga menggunakan imej perlambangan di sekitar mereka untuk menonjolkan hubungan antara sikap manusia atau situasi kehidupan. Contohnya, imej perlambangan haiwan (mamalia). Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peribahasa Iban yang menggunakan imej perlambangan haiwan (mamalia) berpandukan pendekatan semantik inkuisitif (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014). Data kajian pula diperoleh daripada Bup Sempama Iban yang ditulis oleh Casper Kayong Umping (2011). Hasil kajian mendapati bahawa, penciptaan peribahasa yang melibatkan imej perlambangan (mamalia) dalam masyarakat Iban terbahagi kepada dua, iaitu: (1) hidupan lautan, seperti ‘ikan iyu’, serta (2) hidupan daratan, seperti ‘mayau’, ‘tupai’, ‘ukui’, ‘jugam’, ‘kera’, ‘kijang’, dan ‘empeliau’. Rumusannya, keterlibatan imej perlambangan (mamalia) dalam peribahasa dapat mencerminkan pandangan masyarakat Iban terhadap alam dan haiwan sebagai sumber inspirasi. Masyarakat Iban juga memberikan penekanan pada nilai-nilai seperti kejujuran, ketelitian, disiplin, dan tindakan nyata dalam usaha mencapai tujuan hidup melalui penciptaan peribahasa berimejkan mamalia.