Kejuruteraan Pengkomposan

Penukaran sisa organik kepada kompos/baja organik adalah kaedah pemprosesan sisa yang mapan. Penghasilan kompos yang berkualiti tinggi dalam skala yang besar perlu dilakukan dengan mengawal dan mengoptimumkan parameter-parameter kejuruteraan. Dalam buku ini, parameter-parameter yang perlu dipantau b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Zahrim, Yaser, Habib Musa, Mohamad, Mazlina, Mamat, Mohd Amran, Madlan, Junidah, Lamaming
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45360/2/Kejuruteraan%20Pengkomposan.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45360/
https://www.umspress.com.my/kejuruteraan-pengkomposan?search=kejuruteraan%20pengkomposan
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penukaran sisa organik kepada kompos/baja organik adalah kaedah pemprosesan sisa yang mapan. Penghasilan kompos yang berkualiti tinggi dalam skala yang besar perlu dilakukan dengan mengawal dan mengoptimumkan parameter-parameter kejuruteraan. Dalam buku ini, parameter-parameter yang perlu dipantau berserta ujian-ujian yang perlu dilakukan untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti dibincangkan secara terperinci. Peringkat sebelum dan pascapemprosesan dalam pengkomposan, jenis reaktor pengkomposan, penentuan imbangan tenaga dan haba serta model kinetik yang digunakan dalam pengkomposan turut disertakan. Selain membincangkan penentuan campuran awal kompos serta pengubahsuaian nutrien dan kelembapan, penentuan pengudaraan dalam sistem pengkomposan turut diselitkan. Buku ini turut mengupas lebih lanjut tentang sistem pengudaraan dan pengadukan yang perlu dititikberatkan semasa proses pengkomposan berlangsung. Reka bentuk tapak dan kekuatan struktur binaan reaktor kompos ringkas turut dibincangkan dalam buku ini sebagai panduan. Selaras dengan Revolusi Industri 4.0, buku ini turut memperincikan pembangunan aplikasi Internet Pelbagai Benda (Internet of Things - IoT) yang boleh digunakan untuk memantau proses pengkomposan. Sistem IOT ini menghubungkan reaktor kompos kepada pengguna melalui paparan aplikasi telefon pintar.