Deskripsi Awal Bahasa Lengilo di Lawas, Sarawak

Suku kaum Lengilo merupakan salah satu suku kaum bumiputera yang menetap di Sarawak, dan tergolong dalam kumpulan Lun Bawang. Mereka berhijrah dari Binuang, Kalimantan Indonesia semasa pendudukan Jepun pada sekitar tahun 1940-an. Dianggarkan bahawa terdapat kurang daripada 150 orang penutur di Ba’Ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Ardini Jian, Abdullah @ Elmie, Hamidah, Abdul Wahab, Ting, Su Hie
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45144/1/full_paper_bahasa_icbset2024_Bahasa%20Lengilo_Nur%20Ardini_Hamidah_Su-Hie%20Ting.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45144/
https://globalacademianetwork.org/conferences-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Suku kaum Lengilo merupakan salah satu suku kaum bumiputera yang menetap di Sarawak, dan tergolong dalam kumpulan Lun Bawang. Mereka berhijrah dari Binuang, Kalimantan Indonesia semasa pendudukan Jepun pada sekitar tahun 1940-an. Dianggarkan bahawa terdapat kurang daripada 150 orang penutur di Ba’Kelalan dan Lawas di Sarawak. Populasi kaum ini adalah kecil, dan ramai daripada penutur generasi kedua Lengilo yang tinggal di kawasan bandar dan daripada keturunan perkahwinan campur kurang mahir atau tidak dapat bertutur lagi dalam bahasa tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian awal ini bertujuan meneliti aspek fonetik bahasa Lengilo, memfokus kepada vokal, konsonan dan diftong. Data kajian ini dikumpul menerusi kajian lapangan berdasarkan senarai 100 kosa kata dasar Swadesh. Informan yang ditemu bual berumur 80 tahun. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Lengilo memiliki enam jenis konsonan, tiga jenis vokal dan tiga diftong. Konsonan afrikat tidak ditemukan berdasarkan senarai 100 kata yang diteliti. Huraian awal bahasa Lengilo adalah penting dijalankan untuk kajian perbandingan bahasa ini dengan bahasa kumpulan peribumi dalam kategori Lun Bawang.