Kesejahteraan Komunikasi sebagai Peramal Perpaduan Komuniti di Flat Sungai Plan, Bintulu
Kesejahteraan komunikasi merupakan keselesaan dalam berbicara untuk menyampaikan sesuatu melalui seseorang atau medium yang lain dalam percakapan. Kehidupan bermasyarakat sememangnya memerlukan kesejahteraan komunikasi yang sesuai untuk diadaptasi dalam masyarakat tersebut supaya dapat hidup secara...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/45101/7/Student%20Declaration%20of%20Original%20Work%20Syufiza.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/45101/6/Syufiza%20%2824pgs%29.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/45101/5/Syufiza.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/45101/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesejahteraan komunikasi merupakan keselesaan dalam berbicara untuk menyampaikan sesuatu melalui seseorang atau medium yang lain dalam percakapan. Kehidupan bermasyarakat sememangnya memerlukan kesejahteraan komunikasi yang sesuai untuk diadaptasi dalam masyarakat tersebut supaya dapat hidup secara aman dan selamat. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesejahteraan komunikasi di kawasan kediaman penduduk Flat Sungai Plan, Bintulu. Dengan menggunakan model kesejahteraan komunikasi (PERMA) sebagai kerangka penyelidikan, kajian dijalankan secara tinjauan terhadap 155 responden yang merupakan penduduk dalam kalangan B40. Hasil kajian mendapati jarak kediaman mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan berinteraksi dalam komuniti kejiranan (nilai-p <0.001). Bukan itu sahaja, faktor PERMA juga menunjukkan bahawa emosi positif dan makna menunjukkan hasil signifikan yang positif dalam membentuk kesejahteraan komunikasi. Keakraban di antara kejiranan mempengaruhi corak interaksi dalam komuniti kediaman penduduk. Kajian ini hanya tertumpu kepada komuniti Flat Sungai Plan, Bintulu yang tinggal di kawasan flat murah. Pensampelan kajian ini menggunakan pensampelan secara bertujuan. Ini menunjukkan bahawa kajian ini boleh digeneralisasikan kepada seluruh penduduk di Flat Sungai Plan Bintulu atau flat kos rendah di bahagian Sarawak. Oleh itu, pengkaji di masa hadapan dicadangkan untuk mengkaji komunikasi sosial mengikut taraf kehidupan (B40, M40 & T20) komuniti khususnya di Malaysia. Kesimpulannya, penduduk di kawasan padat seperti flat mampu mewujudkan suasana interaksi yang positif antara satu sama lain di dalam komuniti flat itu sendiri. |
---|