Pengimbuhan Kata dalam Bahasa Iban

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengimbuhan kata dalam bahasa Iban. Pengimbuhan kata yang dikaji menfokuskan kepada imbuhan awalan yang hadir di hadapan kata kerja yang terdapat dalam teks cerita rakyat. Terdapat dua objektif utama yang diketengahkan, iaitu mengenal pasti bentuk imbuhan a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ericca Eanna, Bidi, Salbia, Hassan, Dayang Sariah, Abang Suhai
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/44895/3/Pengimbuhan%20Kata.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/44895/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/7192
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.2.5.2022
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengimbuhan kata dalam bahasa Iban. Pengimbuhan kata yang dikaji menfokuskan kepada imbuhan awalan yang hadir di hadapan kata kerja yang terdapat dalam teks cerita rakyat. Terdapat dua objektif utama yang diketengahkan, iaitu mengenal pasti bentuk imbuhan awalan dan kata dasar serta menghuraikan proses pengimbuhan dalam kata kerja terbitan. Dari segi kaedah kajian pula, kaedah kualitatif berbentuk deskriptif dipilih untuk menerangkan pengimbuhan kata kerja dalam bahasa Iban. Selain itu, instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan teks-teks cerita masyarakat Iban yang terdapat dalam sebuah buku yang diberi tajuk Tiga Ensera (The Tun Jugah Foundation, 2009). Proses pengumpulan data dilakukan dengan mencatat dan menyenaraikan sejumlah kata kerja terbitan yang terdapat dalam teks cerita Indai Jubang (Sang Lamat, 2003), Kumang Bunsu Ikan Buing (Muda Sandin, 2004) dan Kumang Nyera (Mathew Banyin Nyaru, 2003) dan dianalisis dengan berlandaskan Teori Linguistik Struktural yang dipelopori oleh Ferdinand De Saussure (1960). Berpandukan hasil analisis data, jelas menunjukkan bahawa kata kerja terbitan dalam bahasa Iban dibentuk melalui proses pengimbuhan morfem awalan dengan kata dasarnya. Terdapat beberapa bentuk morfem awalan yang terlibat iaitu morfem awalan /be-/, /di-/, /te-/, dan /en-/ yang diimbuhkan pada fonem awal kata dasar. Selain itu, analisis kajian juga mendapati proses penyengauan atau nasalisasi berlaku dalam pembentukan kata kerja terbitan bahasa Iban yang dilambangkan dengan /N-/. Melalui analisis ini, jelas menunjukkan bahawa bahasa Iban membentuk kata terbitannya melalui proses pengimbuhan dan memiliki sebahagian bentuk imbuhan awalan yang berbeza dengan bahasa lain. Justeru, kajian ini dapat memberi pemahaman dan mengenal pasti pengimbuhan kata dalam bahasa Iban.