Proses Nasalisasi dalam Awalan Kata Kerja Bahasa Iban
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji salah satu proses pengimbuhan kata kerja dalam bahasa Iban iaitu proses nasal- isasi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk deskriptif tentang proses morfologi bahasa Iban dengan memfokuskan kepada kata kerja bahasa Iban yang menerima awalan nas...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi Mara
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44893/3/Proses%20Nasalisasi%20dalam%20Awalan%20-%20Copy.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/44893/ https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijmal/article/view/24199 https://doi.org/10.24191/ijmal.v8i1 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini bertujuan untuk mengkaji salah satu proses pengimbuhan kata kerja dalam bahasa Iban iaitu proses nasal-
isasi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk deskriptif tentang proses morfologi bahasa Iban dengan
memfokuskan kepada kata kerja bahasa Iban yang menerima awalan nasal. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif
yang diketengahkan, iaitu mengenalpasti awalan nasal kata kerja dalam bahasa Iban dan menghuraikan proses nasali-
sasi dalam pembentukan kata kerja terbitan. Pengkaji menggunakan data korpus yang didapati dalam buku Tiga Ense-
ra (The Tun Jugah Foundation, 2009). Buku ini mengandungi tiga teks cerita kaum Iban iaitu yakni Indai Jubang
(Sang Lamat, 2003), Kumang Bunsu Ikan Buing (Muda Sandin, 2004) dan Kumang Nyera (Mathew Banyin Nyaru, 2003). Pengumpulan data dilakukan dengan mencatat dan menyenaraikan kata kerja yang dikesan dihadiri oleh awalan nasal sebelum fonem pertama kata kerja tersebut. Seterusnya, data dianalisis dengan berpandukan pendekatan struktural dalam model kajian Omar dan Sandai (2012) bagi mencapai kedua-dua objektif kajian. Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, terdapat lima bentuk awalan nasal iaitu /m-/, /n-/, /ny-/, /ng-/ dan /nge-/ ditemukan dalam kata kerja terbitan bahasa ini. Dapatan kajian juga mengesan bahawa proses nasalisasi ini melibatkan dua proses iaitu
penggantian dan penambahan morfem untuk menerbitkan kata kerja berimbuhan. |
---|