Ancak di Sarawak : Satu Interpretasi Makna

Negeri Sarawak yang berkeluasan kira-kira 125,000km persegi mempunyai keunikan dari segi penduduknya yang berbilang kaum serta bahasa dan dialek yang beraneka dan keindahan adat resam warisan turun temurun yang melambangkan jati diri dan pandangan dunia (world view). Dalam kepelbagaian seni warisan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosnah, Mustafa, Azizan Heart, Yusuf
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam. 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/43819/1/Ancak%20di%20Sarawak_%20Satu%20Interpretasi%20Makna_2023.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43819/
https://lamanweb.dbp.gov.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Negeri Sarawak yang berkeluasan kira-kira 125,000km persegi mempunyai keunikan dari segi penduduknya yang berbilang kaum serta bahasa dan dialek yang beraneka dan keindahan adat resam warisan turun temurun yang melambangkan jati diri dan pandangan dunia (world view). Dalam kepelbagaian seni warisan dan adat resam ini terdapat satu upacara tradisional masyarakat Melayu di Bumi Kenyalang yang mungkin jarang dibicarakan secara terbuka, dikenali sebagai “Ancak”. Secara umumnya dengan kedatangan Islam, banyak upacara yang bertentangan dengan ajaran agama telah ditinggalkan atau atau dilupakan, termasuk upacara ancak ini. Namun masih terdapat segelintir masyarakat Melayu Sarawak di kawasan pedalaman yang percaya bahawa sesuatu tempat atau kawasan mempunyai penunggu yang harus dipersembahkan dengan aneka ‘hadiah’ untuk menunaikan sesuatu hajat. Makalah ini mengupas makna dan kepentingan objek yang digunakan dalam upacara ancak ini. Temubual bersama 10 penduduk kampung yang pernah ataupun masih mengamalkan upacara ancak ini mendapati setiap objek yang digunakan dalam upacara tersebut mempunyai fungsi dan makna tersendiri, mengikut kepercayaan turun temurun. Walaupun dengan kedatangan Islam ramai yang telah meninggalkan amalan yang dianggap syirik dan bertentangan dengan ajaran agama ini, namun perkongsian makna amalan ini untuk perbincangan dan pendokumentasian akademik penting bagi mengingati warisan nenek moyang yang makin pupus dan dilupakan oleh generasi muda.