Transformasi Digital Sarawak

Transformasi digital merupakan agenda penting dalam memajukan Sarawak sebagai wilayah maju pada tahun 2030. Dalam merealisasi misi tersebut, sejarah dan anjakan paradigma pelan transformasi sejak tahun 1963 turut menjadi tunjang kepada agenda kerajaan Sarawak dalam melakukan transformasi digital buk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Neilson Ilan, Mersat
Format: Book
Language:English
Published: UNIMAS Publisher 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/42606/1/TRANSFORMASI%20DIGITAL%20SARAWAK.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42606/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transformasi digital merupakan agenda penting dalam memajukan Sarawak sebagai wilayah maju pada tahun 2030. Dalam merealisasi misi tersebut, sejarah dan anjakan paradigma pelan transformasi sejak tahun 1963 turut menjadi tunjang kepada agenda kerajaan Sarawak dalam melakukan transformasi digital bukan hanya dalam aspek ekonomi tetapi juga pendidikan dan infrastruktur. Melihat kembali kepada transformasi digital, permulaan adalah pada era Tun Abang Haji Openg Bin Abang Sapiee, yang merupakan Tuan Yang Terutama Sarawak Yang Pertama pada 16 September 1963. Tun Abang Haji Openg dikenal sebagai penjawat awam yang cemerlang dan setia kepada Kerajaan Brooke, namun semasa perjuangan kemerdekaan dilakukan Tun juga mendukung perjuangan kemerdekaan Sarawak dan terlibat dalam perundingan untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Tun Abang Haji Openg Bin Abang Sapiee telah memperkenalkan idea idea yang membuka peluang baharu dalam sektor ekonomi dan mempromosikan inovasi yang memberikan keuntungan jangka panjang kepada masyarakat dan negara. Dalam konteks Sarawak pada masa kini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg meneruskan visi pembangunan yang dibawa oleh Tun Abang Openg Bin Abang Sapiee. Transformasi digital dianggap sebagai kunci untuk mencapai visi Sarawak sebagai sebuah wilayah yang maju pada tahun 2030. Dengan itu, Kerajaan Sarawak merancang strategi transformasi digital pada tahun 2017 dengan tujuan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar. Sejajar dengan transformasi digital yang berlaku di Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak melalui CITDS melakukan transformasi daripada mod komunikasi secara tradisional kepada penggunaan perkhidmatan automatik untuk proses komunikasi, membuat keputusan, dan pentadbiran rutin yang efisien.