Lakuan Bahasa Berunsur Sindiran dalam Kandungan Video YouTube Sarawak, NgekTsaiArmy Official

Sindiran lazimnya bersifat kiasan dengan penggunaan kata-kata tertentu, dan kadangkala kurang enak didengari disebabkan wujudnya unsur kejian atau celaan. Namun begitu, dalam sesetengah konteks, sindiran juga menjadi antara lakuan bahasa yang digunakan untuk membuat teguran, kritikan atau nasihat te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jessica Nuwie, Jackson, Hamidah, Abdul Wahab
Format: Article
Language:English
Published: UNIMAS Publisher 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/42235/2/Lakuan%20Bahasa%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42235/
https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR
https://doi.org/10.33736/tur.5570.2023
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sindiran lazimnya bersifat kiasan dengan penggunaan kata-kata tertentu, dan kadangkala kurang enak didengari disebabkan wujudnya unsur kejian atau celaan. Namun begitu, dalam sesetengah konteks, sindiran juga menjadi antara lakuan bahasa yang digunakan untuk membuat teguran, kritikan atau nasihat terhadap seseorang atau sekelompok individu berkaitan sesuatu isu. Kajian ini menganalisis lakuan bahasa sindiran dalam video YouTube NgekTsaiArmy Official. NgekTsai merupakan seorang pempengaruh media sosial atau vlogger yang terkenal dari Sarawak. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam menganalisis data daripada ujaran watak dalam video-video yang bertemakan kekeluargaan, kemasyarakatan, pendidikan, pekerjaan, dan budaya. Data kajian dihuraikan dengan berdasarkan Teori Lakuan Bahasa Searle (1969). Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat jenis lakuan bahasa yang wujud dalam kandungan video NgekTsaiArmy Official, iaitu asertif, direktif, ekspresif, dan komisif. Sungguhpun lakuan bahasa ini mengandungi unsur-unsur sindiran, namun kebanyakannya diujarkan dengan tujuan menyedarkan masyarakat tentang isu-isu semasa yang berlaku, justeru memberi input berguna dan positif kepada umum. Selain menjelaskan aspek lakuan bahasa, budaya masyarakat dan dialek Melayu Sarawak juga ditonjolkan oleh NgekTsai dengan cara yang tersendiri dan menarik perhatian pelayar-pelayarnya.