Rekonstruksi Stratifikasi Sosial dalam Kalangan Masyarakat Bumiputera Pinggir Bandar di Daerah Bau, Sarawak

Stratifikasi sosial yang wujud di Malaysia sering berubah dan direkonstruksi seiring dengan peredaran zaman bagi meletakkan masyarakat kepada kelompok-kelompok tertentu. Daripada pengkategorian berdasarkan kategori seperti berpendapatan tinggi, menengah, rendah, kaya, sederhana dan miskin kepada pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azril Neterhelmy, Shaharuddin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/42140/5/Azril%20Neterhelmy_dsva.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42140/6/Thesis%20Master_Azril%20Neterhelmy%20-%2024%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42140/9/Azril%20N.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42140/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stratifikasi sosial yang wujud di Malaysia sering berubah dan direkonstruksi seiring dengan peredaran zaman bagi meletakkan masyarakat kepada kelompok-kelompok tertentu. Daripada pengkategorian berdasarkan kategori seperti berpendapatan tinggi, menengah, rendah, kaya, sederhana dan miskin kepada pengkategorian berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah bulanan telah digunakan oleh pihak pemerintah untuk menyusun lapis masyarakat di negara ini bagi memudahkan urusan pentadbiran. Impak dari campur tangan pemerintah, kemasukan modal melalui pembangunan dan perubahan ragam pengeluaran telah memberi kesan kepada stratifikasi sosial masyarakat Bumiputera pinggir bandar di Sarawak. Oleh itu, berpandukan kepada pendekatan Multidimensi oleh Max Weber, kajian ini akan mengkaji berkenaan pembentukan stratifikasi sosial yang berlaku dalam kalangan komuniti Bumiputera pinggir bandar di Sarawak, dengan tumpuan kepada faktor yang membawa kepada peletakkan status dan kategori di dalam masyarakat. Tiga objektif utama kajian ini: pertama, mengenalpasti faktor –faktor yang membahagikan individu dan kelompok ke dalam kedudukan dan status sosial tertentu. Kedua, mengukur kesan perubahan aktiviti ekonomi yang berlaku di dalam komuniti pinggir terhadap peletakan kedudukan dan status sosial. Ketiga, mengkaji kaedah penyesuaian sara hidup Bumiputera dengan perubahan ekonomi dan pembangunan setempat yang berlaku. Kajian ini mengguna pakai kaedah kuantitatif melalui pendekatan survei. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan data terhadap responden. Jumlah responden yang terlibat adalah adalah seramai 381 orang yang terdiri daripada penduduk Bumiputera pinggir bandar di Daerah Bau. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mengeluarkan data deskriptif dan inferensi. Dapatan yang diperolehi juga disokong dengan siri tembual yang dilakukan bersama orang sumber yang terpilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peletakan kedudukan dan status sosial di kawasan pinggir bandar Daerah Bau. Faktor-faktor yang membawa kepada peletakan kedudukan dan status sosial ini pula disusun berdasarkan kepada nilai dan kepentingan faktor tersebut terhadap kepada komuniti. Hasil kajian juga mendapati terdapat pengubahsuaian di dalam aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh komuniti di kawasan tersebut yang mana turut sama membantu dalam memperbaiki kedudukan dan status sosial mereka. Akhir sekali, kajian mendapati, terdapat penambahbaikan dan penyesuaian kaedah sara hidup yang telah dilakukan oleh komuniti pinggir bandar Daerah Bau dalam mendepani peningkatan kos sara hidup yang berlaku. Justeru, melalui kajian yang dilakukan ini, akan dapat menyumbang kepada korpus ilmu stratifikasi sosial masyarakat Bumiputera pinggir bandar sekaligus dapat memberi perspektif baharu dalam memahami struktur dan susun lapis masyarakat di kawasan tersebut.