PENILAIAN PRESTASI PEKERJA SEMASA PANDEMIK COVID-19 : CABARAN TERHADAP PELAKSANAAN PERBINCANGAN PRESTASI DAN GAGASAN PENYELESAIAN

Penilaian prestasi merupakan salah satu proses yang penting dalam pengurusan sumber manusia. Antara tujuan utamanya ialah dari segi pentadbiran, pembangunan dan penghukuman. Pelaksanaan penilaian prestasi melalui perbincangan dan maklum balas prestasi perlu diteruskan walaupun dalam musibah COVID-19...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusli, Ahmad, Majelan, Sulong, Mohamad Azhari, Abu Bakar, Wan Norizan, Wan Hashim
Format: Book Chapter
Language:English
Published: PERKAMA INTERNATIONAL PERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA ANTARABANGSA 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/40615/1/PENILAIAN%20PRESTASI%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/40615/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penilaian prestasi merupakan salah satu proses yang penting dalam pengurusan sumber manusia. Antara tujuan utamanya ialah dari segi pentadbiran, pembangunan dan penghukuman. Pelaksanaan penilaian prestasi melalui perbincangan dan maklum balas prestasi perlu diteruskan walaupun dalam musibah COVID-19. Keseriusan wabak ini yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan pekerja telah menyebabkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pekerja di tempat kerja terjejas teruk. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha dan keputusan penting telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengurus situasi kritikal ini. Kerajaan telah meminta semua pihak pengurusan agensi sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan lain-lain agensi untuk melaksanakan aktiviti bekerja dari rumah demi kelangsungan organisasi dan bagi memastikan perkhidmatan dan aktiviti ekonomi terus berjalan. Pengenalan norma baharu dalam amalan bekerja turut memberi kesan besar terhadap proses penilaian prestasi.