Strategi dan Penyesuaian Kaedah Sara Hidup Dalam Kalangan Komuniti Bumiputera Pinggir Bandar

Pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada rebakan pembandaran terhadap kawasan pinggir bandar. Ketepuan pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada penerokaan dan pembukaan kawasan pinggir bandar. Perubahan ekonomi di kawasan pinggir bandar dapat dilihat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azril Neterhelmy, Shaharuddin, Mohammad Suhaidi, Salleh
Format: Article
Language:English
Published: Secholian Publication 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/40476/2/Strategi%20dan%20Penyesuaian%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/40476/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/about
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1734
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada rebakan pembandaran terhadap kawasan pinggir bandar. Ketepuan pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada penerokaan dan pembukaan kawasan pinggir bandar. Perubahan ekonomi di kawasan pinggir bandar dapat dilihat dengan jelas melalui perluasan kuasa pasar, pelaburan syarikat besar dan campur tangan pemerintah. Walaubagaimanapun, komuniti di pinggir bandar ini dilihat mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan segala bentuk perubahan yang berlaku. Peningkatan harga barangan dan kos sara hidup memaksa komuniti pinggir bandar ini untuk mengubah bentuk aktiviti ekonomi dan sara hidup mereka agar dapat bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengukur perubahan aktiviti ekonomi yang berlaku serta mengenal pasti strategi dan penyesuaian sara hidup yang dilakukan oleh komuniti pinggir bandar Daerah Bau. Reka bentuk kajian ini adalah melalui pedekatan survei melalui borang soal selidik yang diedarkan. Dapatan daripada soal selidik juga disokong melalui beberapa siri temubual bersama orang sumber. Kajian ini melibatkan responden seramai 381 orang yang terdiri daripada komuniti bumiputera pinggir bandar di Daerah Bau yang berusia 18 tahun keatas dan dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data seterusnya diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati terdapat perubahan aktiviti ekonomi sara hidup yang ketara antara generasi pertama dan kedua KIR di kawasan pinggir bandar Daerah Bau hasil daripada pembangunan dan perubahan yang berlaku di kawasan tersebut. Kajian juga mendapati terdapat lima strategi dan penyesuaian kaedah sara hidup yang dipersetujui oleh responden yang dilihat berupaya untuk menambah baik pendapatan dan taraf hidup mereka.