RESPONS PUJIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BERDASARKAN GENDER

Respons yang diberikan oleh penerima pujian menjadi tumpuan utama dalam melihat adab, budaya dan peribadi mereka. Generasi muda masa ini mengalami transisi zaman yang banyak mengubah mereka. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk untuk mengkaji dan menganalisis perbandingan respons mahasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Syukarmie bin Hang Tuah, -
Format: Final Year Project Report
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/39929/1/FYP_MuhdSyukarmie%20-%2024%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39929/4/Muhd%20Syukarmie.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39929/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Respons yang diberikan oleh penerima pujian menjadi tumpuan utama dalam melihat adab, budaya dan peribadi mereka. Generasi muda masa ini mengalami transisi zaman yang banyak mengubah mereka. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk untuk mengkaji dan menganalisis perbandingan respons mahasiswa UNIMAS berdasarkan gender terhadap strategi pujian yang diberikan. Pengkaji meletakkan dua objektif, iaitu mengenal pasti dan mengklasifikasikan lakuan respons mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak berdasarkan Herbert (1990) dan menganalisis perbezaan respons terhadap pujian dalam kalangan mahasiswa lelaki dan mahasiswa perempuan UNIMAS. Kajian ini merupakan kajian deskriptif kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik yang menyenaraikan 20 soalan dan memerlukan responden sebanyak 100 orang mahasiswa lelaki dan 100 orang mahasiswa perempuan UNIMAS Tahun 3. Pengkaji mendapati mahasiswa UNIMAS Tahun 3 kerap memberi respons dengan menerima pujian atau bersetuju dengan pujian yang diberikan kepada mereka. Berdasarkan gender pula, kedua-dua gender mahasiswa UNIMAS memberikan kategori respons yang sama, iaitu kategori penerimaan atau bersetuju dengan pujian dengan peratusan masing-masing 81.25% dan 85.30%. Berdasarkan dapatan, pengkaji menyimpulkan tidak terdapat perbezaan cara mahasiswa memberikan respons terhadap pujian.