Makna Tersirat Dalam Lagu “Hakikat Sebuah Cinta” dan “Suci Dalam Debu”:Analisis Semantik Inkuisitif

Semantik inkuisitif merupakan satu bidang kajian yang mampu menganalisis dan menghuraikan makna sebenar sesuatu ujaran dengan melihat kepada akal budi penuturnya. Terdapat banyak kajian semantik inkuisitif yang mengkaji kiasan-kiasan Melayu seperti peribahasa dan simpulan bahasa. Namun, masih kur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Zawawi bin Tuah, -
Format: Final Year Project Report
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/39927/1/FYP_MuhammadZawawi%20-%2024%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39927/4/Muhammad%20Zawawi.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39927/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semantik inkuisitif merupakan satu bidang kajian yang mampu menganalisis dan menghuraikan makna sebenar sesuatu ujaran dengan melihat kepada akal budi penuturnya. Terdapat banyak kajian semantik inkuisitif yang mengkaji kiasan-kiasan Melayu seperti peribahasa dan simpulan bahasa. Namun, masih kurang kajian yang mengkaji makna disebalik lirik lagu. Disebalik penggunaan ayat dalam lirik lagu, pasti mempunyai makna-makna yang berimplisit, yang ingin disampaikan oleh penulis lirik. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat makna tersirat dalam lagu dari perspektif linguistik khususnya semantik inkuisitif serta mentafsirkan dan memahami lirik dalam lagu yang dipilih secara lebih mendalam, dengan menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif oleh Norhasimah Jalaluddin (2014) melalui tiga tahap penganalisisan. Kajian ini berbentuk kualitatif sepenuhnya melalui penggunaan data dua buah lagu iaitu “Hakikat Sebuah Cinta” dan “ Suci Dalam Debu”. Kesemua data yang dipilih telah dianalisis dalam 3 tahap iaitu semantik skrip (makna harfiah), semantik resonans (makna kognitif) dan akhirnya semantik inkuisitif (akal budi penutur). Kajian ini akan memberikan kefahaman yang lebih lanjut dan tepat mengenai makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik untuk pedoman semua.