SIKAP DAN PEMILIHAN BAHASA OLEH MASYARAKAT CINA KAHWIN CAMPUR DAN BUKAN KAWHIN CAMPUR DI MALAYSIA

Perkahwinan campur antara bangsa lazim berlaku di Malaysia ekoran daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Percampuran kod dikesan berlaku dalam percakapan individu yang berasal dari perkahwinan campur. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sikap dan pemilihan bahasa oleh masyarakat Ci...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Cendellera anak Janar, -
Format: Final Year Project Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/39551/1/Cendellera%20-%20fulltext.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39551/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkahwinan campur antara bangsa lazim berlaku di Malaysia ekoran daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Percampuran kod dikesan berlaku dalam percakapan individu yang berasal dari perkahwinan campur. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sikap dan pemilihan bahasa oleh masyarakat Cina yang berasal daripada keluarga kahwin campur dan bukan kahwin campur di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk meneliti sikap orang Cina terhadap dialek�dialek Cina dan bahasa Mandarin dan mengenal pasti pemilihan bahasa mereka mengikut pelbagai domain. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif. Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada masyarakat Cina berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia secara atas talian. Hasil dapatan menunjukkan sikap bahasa orang Cina terhadap dialek-dialek Cina dan bahasa Mandarin adalah positif kerana ramai masih mengamalkannya dan diwarisi kerana penting untuk melambangkan etnik mereka. Namun, pemilihan bahasa dalam ketiga-tiga domain adalah tidak konsisten. Mereka lebih kerap memilih bahasa Mandarin dalam domain di rumah dan luar rumah namun untuk domain jabatan kerajaan bahasa Melayu tetap menjadi pilihan ramai. Walaupun begitu, dalam domain media sosial pula bahasa English lebih kerap digunakan.