Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak

Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak, merupakan himpunan kertas kerja yang membincangkan perkembangan kesusasteraan di Sarawak, khususnya dari sudut kritikan sastera. Sejarah perkembangan persuratan Melayu Sarawak yang panjang, serta terawal di Malaysia, merupakan satu tinggalan khazanah bangsa yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dilah, Tuah
Format: Book
Language:English
Published: UNIMAS Publisher 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/38768/1/Bunga%20Rampai_Dilah%20Tuah.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/38768/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak, merupakan himpunan kertas kerja yang membincangkan perkembangan kesusasteraan di Sarawak, khususnya dari sudut kritikan sastera. Sejarah perkembangan persuratan Melayu Sarawak yang panjang, serta terawal di Malaysia, merupakan satu tinggalan khazanah bangsa yang perlu disuburkan kembali melalui pendekatan kritikan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dunia sastera harus memiliki tiga kelompok yang perlu bergerak seiringan, iaitu pengarang, pembaca dan pengkritik. Kewujudan kelompok-kelompok ini bukan sekadar melengkapi antara satu sama lain, namun berupaya menjamin perkembangan dan kelangsungan bidang kesusasteraan. Karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang, pastinya tidak membawa makna dan impak yang besar kepada dunia kesusasteraan, sekiranya tidak mendapat sentuhan daripada pengkritik. Perlu juga difahami bahawa tugas pengkritik bukan bertujuan untuk mencari kesalahan, kelemahan dan kekuatan karya. Namun pengkritik hadir untuk mentafsir, mengamati, mengapresiasi dan menilai karya secara objektif, berpandukan teori dan kerangka tertentu. Pengkritik yang baik sudah tentu berupaya mendorong penulis untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik, dan bermutu pada masa hadapan. Sehubungan itu, untuk menyuburkan dunia penulisan kreatif dan melahirkan lebih ramai penulis, aktiviti kritikan sastera di negara ini perlu dipergiatkan.