PENGKOMPUTERAN HIJAU DI MALAYSIA : PENGETAHUAN DAN PERSEPSI MAHASISWA
Wabak Covid 19 telah menyebabkan perubahan paradigma dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPr) di institusi pengajian tinggi kepada medium dalam talian. Amalan PdPr secara dalam talian meningkatkan penggunaan komputer dalam tempoh masa yang lama bagi memastikan kelancaran sesi PdP dan pembelaj...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Global Academic Excellence
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/38132/1/PENGKOMPUTERAN%20HIJAU%20-%20Copy.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/38132/ http://www.jistm.com/current.asm?dataid=4304&iDisplayStart=0&aaSorting=&isSearchDetail=1 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Wabak Covid 19 telah menyebabkan perubahan paradigma dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPr) di institusi pengajian tinggi kepada medium dalam talian. Amalan PdPr secara dalam talian meningkatkan penggunaan komputer dalam tempoh masa yang lama bagi memastikan kelancaran sesi PdP dan pembelajaran. Hal ini dilihat memberi impak secara langsung kepada penggunaan tenaga yang ketara dan secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Untuk mengurangkan kesan teknologi maklumat terhadap alam sekitar, salah satu solusi yang sering mendapat perhatian adalah pengkomputeran hijau. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap mahasiswa di Malaysia tentang pengkomputeran hijau dengan kaedah tinjauan. Borang soal selidik dengan sebelas item digunakan untuk mengumpul data. Borang ini diedarkan secara dalam talian kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebanyak 192 responden terlibat dalam kajian ini. Bagaimanapun, sebanyak 182 borang soal selidik diguna untuk analisis. Hasil kajian mendapati majoriti mahasiswa mengetahui kewujudan konsep pengkomputeran hijau secara umum tetapi tidak sepenuhnya memahami kaedah pelaksanaan amalan pengkomputeran hijau dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, beberapa cadangan dikemuka untuk membangunkan strategi yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan pengkomputeran hijau di kalangan mahasiswa Malaysia. |
---|