Kebudayaan ASEAN dalam Kandungan Animasi: Persamaan dan Potensi
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan hikayat sebagai penceritaan utama di dalam kandungan animasi ASEAN. Di peringkat antarabangsa, studio mega seperti Disney telah membuktikan bahawa cerita hikayat boleh diterjemahkan semula serta mendatangkan hasil yang lumayan. Sifat cerita hikay...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/38111/1/Fythullah%20Hamzah%20-%2024%20pgs.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/38111/4/Fythullah.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/38111/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan hikayat sebagai penceritaan utama di
dalam kandungan animasi ASEAN. Di peringkat antarabangsa, studio mega seperti Disney
telah membuktikan bahawa cerita hikayat boleh diterjemahkan semula serta mendatangkan
hasil yang lumayan. Sifat cerita hikayat yang sedia terkenal di dalam masyarakat menjadikan
ia mudah diterima dalam bentuk animasi. Hikayat dan Legenda sentiasa menjadi rujukan
utama dalam pembangunan serta penceritaan animasi. Siri filem Disney Studio memaparkan
rentetan hikayat Eropah seperti ‘Snow White and the Seven Dwarfs (1934), Cinderella
(1950), Alice in Wonderland (1951) serta hikayat yang merujuk hikayat dari ASIA seperti
Mulan (1998), Aladdin (1992). Studio saingan seperti Dreamwork juga mengadaptasi
hikayat kepada animasi seperti ‘Sinbad: Legend of the Seven Seas (2003)’ serta Fox
Animation Studios ‘Anastasia (1997)’. Adaptasi serta penceritaan semula hikayat dalam
bentuk animasi dilihat sebagai satu formula yang berkesan bagi melariskan sesebuah filem.
Perkara ini juga dapat dilihat di negara ASEAN, di mana adaptasi hikayat menjadi bahan
tulisan yang popular untuk skrip animasi. Ini dapat di buktikan dari siri animasi Malaysia
‘Sang Kancil dan Monyet (1987) berdasarkan Hikayat Sang Kancil’ (Hassan Muthalib).
Filem animasi Thailand ‘The Adventure of Sudsakorn (1976)’ berdasarkan hikayat ‘Phra
Aphai Mani’ (Payut Ngaokrachang) serta siri animasi Vietnam ‘Đáng đời thằng Cáo (1959)’
yang juga dipetik daripada cerita rakyat. Fenomena ini perlu dilihat daripada konteks yang
lebih besar. Sebagai contoh, di antara studio terawal di rantau ASEAN ditubuhkan di
Vietnam pada tahun 1955. Selepas penghijrahan beberapa animator ke USSR di lewat 50an
untuk meneruskan pembelajaran di Soyzmultfilm studio, kerajaan tempatan telah
menubuhkan sebuah produksi filem ‘Hanoi Cartoon Studio’. Walaupun dilatih di USSR,
studio ini masih menjadikan hikayat serta legenda sebagai konteks utama animasi. Perkara ini mengukuhkan lagi fakta bahawa hikayat merupakan subjek utama penulisan skrip pada
era tersebut. |
---|