Perpindahan Ibu Kota Indonesia: Impak dan Peluang kepada Sarawak

Negara yang berjiran dan bersempadan darat dan laut tidak terlepas daripada keadaan kebergantungan di antara satu sama lain terutama dalam era globalisasi. Dasar dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara akan memberi impak kepada negara lain. Perpindahan ibu kota Indonesia yang dicadangkan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A,, Yaakub, M., Salleh, S., Ahmad Ishak
Other Authors: A., Gulasan
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/37299/1/Bab%20Buku%20Perpindahan%20Ibu%20Kota%20Indonesia.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/37299/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Negara yang berjiran dan bersempadan darat dan laut tidak terlepas daripada keadaan kebergantungan di antara satu sama lain terutama dalam era globalisasi. Dasar dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara akan memberi impak kepada negara lain. Perpindahan ibu kota Indonesia yang dicadangkan dari Jakarta ke Kalimantan Timur dijangka bermula pada tahun 2024. Oleh demikian, apakah sebab utama ibu kota tersebut perlu dipindahkan ke Kalimantan Timur? Kenapakah Kalimantan Timur dipilih sebagai lokasi terbik? Apakah impak dan peluang kepada Sarawak yang mempunyai sempadan darat dengan Kalimantan Timur? Konsep saling-kebergantungan (interdependence) sesuai digunakan untuk melihat impak dan peluang kepada Sarawak daripada perpindahan ibu kota Indonesia. Kajian mendapati impak positif lebih banyak daripada negatif kepada Sarawak daripada perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur terutama dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, penyediaan perkhidmatan hospital dan pendidikan yang berkualiti, penyaluran dan penjualan bekalan elektrik, pertambahan aktiviti perlancongan dan dasar yang sama dalam pengekalan hutan sebagai 'paru-paru' dunia. Namun, wujud kebimbangan dan cabaran di pihak Sarawak dalam aspek jerebu akibat pembangunan pesat ibu kota tersebut, pertambahan penyeludupan, jenayah rentas sempadan dan pendatang tanpa izin.