Unimas, Jepun bertukar maklumat

OTA SAMARAHAN: Pandemik Covid-19 tidak menghalang usaha sama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Utsunomiya, Jepun (UU) meneruskan program EduTour 2021 secara norma baharu dalam talian. Diadakan pada 12 hingga 20 Februari lalu, program satu minggu itu untuk kali keempat penganjura...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Soubakeavathi, Rethinasamy, Gabriel, Lilhan, Dayang Hartijah, Abang Ahmad, Damien, Mikeng, Nurul Huzaimah, Hussien, Liyana, Rosli, Keezrawati, Mujan Yusuf, Joseph, Ramanair
Format: Newspaper Cutting
Language:English
Published: Sarawak Voice 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/35619/2/2021%20Unimas%2C%20Jepun%20bertukar%20maklumat.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/35619/
https://sarawakvoice.com/2021/03/12/unimas-jepun-bertukar-maklumat/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:OTA SAMARAHAN: Pandemik Covid-19 tidak menghalang usaha sama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Utsunomiya, Jepun (UU) meneruskan program EduTour 2021 secara norma baharu dalam talian. Diadakan pada 12 hingga 20 Februari lalu, program satu minggu itu untuk kali keempat penganjuran menggunakan platform dalam talian, melibatkan 32 penyertaan terdiri 22 pelajar UU dan 10 pelajar Unimas. Sebelum ini, program dianjurkan pada 2018, 2019 dan 2020 di kampus Unimas sebagai tanda penghargaan persahabatan baik antara Unimas dan UU selepas menandatangani memorandum perjanjian pada 11 Mei 2017. Ia merupakan program mobiliti pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman belajar dan idea berkenaan dicetuskan oleh Profesor Madya Dr. Souba Rethinasamy dari Unimas dan Prof Dr Tatsuhiro Ohkubo dari UU yang kemudian berkembang menjadi program komprehensif. Dalam tempoh tersebut, semua peserta berpeluang mempelajari bahasa Inggeris dalam pelbagai tema yang tertumpu kepada Tujuan Pembangunan Berkelanjutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) iaitu pendidikan berkualiti, bandar lestari, perubahan iklim, pendidikan berkualiti dan perkongsian matlamat. Pelajar Unimas turut berkongsi keindahan kampus mereka dan bandar raya Kuching, bertukar maklumat mengenai budaya, tradisi, masakan, lagu, tarian dan belajar bahasa Malaysia dan Jepun melalui aktiviti yang dijalankan. Sesi soal jawab interaktif juga dilakukan selepas setiap aktiviti untuk meningkatkan pemahaman antara pelajar sejajar dengan objektif programnya. Lebih menarik, alumni Unimas yang menerima Anugerah Canselor 2018, Jonathan Dason berkongsi inspirasi kepada para peserta mengenai kehidupan serta pengalaman mengharungi pengajian, cabaran dan bagaimana mendapat kerjaya menarik selepas tamat pengajian. Mereka juga bertukar akaun media sosial dan menjalin persahabatan dengan harapan dapat bertemu secara langsung selepas pandemik berakhir. Program tersebut bukan sahaja memberi gambaran tentang apa yang mungkin berlaku di masa depan, tetapi juga memanfaatkan teknologi untuk kakitangan serta pelajar berfikir di luar kotak dan mengeluarkan idea baharu. Pada hari terakhir program, peserta mengambil bahagian dalam persembahan muzik dan bacaan puisi, memperlihatkan kemampuan berbahasa Inggeris dan penghargaan terhadap budaya masing-masing. Ia turut dihadiri Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi dan Eksekutif UU dan Naib Presiden Penyelidikan dan Strategi Global, Profesor Dr. Natsuaki Tomohide.