MITOS KOSMOLOGI NUSANTARA: SUMBER RUJUKAN UNTUK ANIMASI DAN SENI VISUAL

Mitos Kosmologi Nusantara sarat dengan teguran, sindiran dan pengajaran di dalam setiap rangkap cerita. Hikayat epik yang telah wujud sejak berzaman dipenuhi dengan elemen fantasi, binatang magis, kuasa sakti dan senjata mistik. Cerita-cerita tersebut mengandungi elemen unik mengenai sesuatu peradab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Azaini, Abdul Manaf, Fythullah, Hamzah
Format: Book
Language:English
Published: UNIMAS Publisher 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/33445/1/Sumber%20Rujukan%20Untuk%20Animasi%20%28BOOK%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/33445/
http://www.publisher.unimas.my/life-in-publisher/books-online
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mitos Kosmologi Nusantara sarat dengan teguran, sindiran dan pengajaran di dalam setiap rangkap cerita. Hikayat epik yang telah wujud sejak berzaman dipenuhi dengan elemen fantasi, binatang magis, kuasa sakti dan senjata mistik. Cerita-cerita tersebut mengandungi elemen unik mengenai sesuatu peradaban sejak permulaan zaman yang dipengaruhi oleh budaya setempat dan cerita pusaka nenek moyang. Peralihan sosio-politik, agama dan pemerintahan menjadikan cerita tersebut mengalami transformasi atau di adaptasi ke dalam kepercayaan dan pegangan agama semasa. Persempadanan semula negara, migrasi, perang, penyebaran agama serta penjajahan telah berlaku di rantau ASEAN sejak zaman dahulu. Ini menyebabkan terdapat cerita hikayat yang sama, tetapi di kawasan geografi yang berlainan. Sesetengah cerita mengalami perubahan nama dan tempat yang ketara. Walau bagaimanapun, sinopsis cerita masih lagi sama dan masih dapat dijejak kembali asal usul cerita utamanya.