Modaliti dalam Wacana Perbahasan Parlimen

Perbahasan Parlimen merupakan salah satu kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan perbincangan antara pemeran utama yang secara tidak langsung dapat menyerlahkan hubungan sosial melalui unsur bahasa yang dimanfaatkan. Juseru, analisis unsur modaliti dalamklausa ujaran merupakansalah satu p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dayang Sariah, Abang Suhai, Kesumawati, Abu Bakar, Norsimah, Mat Awal
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/33161/1/Modaliti%20dalam%20Wacana%20Perbahasan%20Parlimen_pdf.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/33161/
http://ejournals.ukm.my/gema/article/view/42133
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbahasan Parlimen merupakan salah satu kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan perbincangan antara pemeran utama yang secara tidak langsung dapat menyerlahkan hubungan sosial melalui unsur bahasa yang dimanfaatkan. Juseru, analisis unsur modaliti dalamklausa ujaran merupakansalah satu penelitian awal yang bolehmenonjolkan hubungan sosial pemeran dengan khalayak pewacananya. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan aspek maknamodaliti yangdigunakanoleh pewacana Kerajaan dan Pembangkang dalam wacana perbahasan Parlimen sebagai satu cara membinahubungan sosialdengankhalayak wacananya. Wacana perbahasan parlimen yang dipilih ialah perbahasan Belanjawan 2019, iaitu perbahasan belanjawan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (2018) dan selepas berlakunya peralihan kuasa dalam era Malaysia Baharu.Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis unsur modaliti dalam ujaran pewacana dengan bersandarkanpendekatan analisis wacana kritis Fairclough (1992 & 1995).Hasil penelitian, ditemui 13kata modaliti digunakan oleh kedua-dua pewacana Kerajaan dan Pembangkangdalam data kajian.Dapatan menunjukkan modaliti informatif dan modaliti perintah dimanfaatkan oleh kedua-dua pewacana. Pemanfaatan modaliti informatif lebih tinggi kekerapannya, iaitu 777 kali berbanding modaliti perintah hanya 282 kali. Pewacana Pembangkang dilihat mendominasi penggunaan modaliti informatifsebanyak419 kali dan banyak dimanfaatkan dalammodaliti bercirikehendak, keupayaan, pengetahuan, dan keengganan.Pewacana Kerajaan pula mendominasi penggunaan modaliti perintah bagi maksud permintaan sejumlah147 kali dan banyak dimanfaatkan dalam kata modaliti harus, perlu, dan kena. Jelaslah, pemanfaatan kata modaliti oleh pewacana Pembangkang adalah lebih bersifat memaklumi khalayaknya, manakala pewacana Kerajaan lebih bersifat memerintahkhalayaknya. Maka,dapatlah digambarkan bahawabentuk hubungan sosial yang terbina antara pewacana Pembangkang dan khalayaknya adalah lebih relaks atau santai, dan bagi pewacana Kerajaan pula adalah lebih formal dan serius dengan khalayaknya.