Analisa Keperluan Employee Assistance Program (EAP) Bagi Guru-guru Sekolah Menengah di Bahagian Betong, Sarawak

Kajian bertujuan untuk mengenalpasti persepsi dan penerimaan tentang keperluan perlaksanaan EAP berdasarkan sembilan permasalahan iaitu masalah kesihatan, kewangan, keluarga, kerohanian, tekanan, masalah kerja, kerjaya, hubungan interpersonal dan persekitaran fizikal tempat kerja. Cadangan model per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Yusoff, Salmah, Othman, Mohd. Razali, Saili, Jamayah, Lok, Maria
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Proceedings of the Counselor Board National Conference 2006 2006
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/3069/1/Analisa%20Keperluan%20Employee%20Assistance%20Program%20%28EAP%29%20Bagi%20Guru-guru%20Sekolah%20Menengah%20di%20Bahagian%20Betong%2C%20Sarawak.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/3069/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bertujuan untuk mengenalpasti persepsi dan penerimaan tentang keperluan perlaksanaan EAP berdasarkan sembilan permasalahan iaitu masalah kesihatan, kewangan, keluarga, kerohanian, tekanan, masalah kerja, kerjaya, hubungan interpersonal dan persekitaran fizikal tempat kerja. Cadangan model perlaksanaan Employee Assistance Program (EAP) bagi guru-guru sekolah menengah di bahagian Betong, Sarawak turut dihasilkan. Borang soal selidik dan temuramah digunakan untuk mendapatkan maklumat dari 154 guru-guru sekolah menengah dari 5 buah sekolah menengah di sekitar bahagian Betong, Sarawak. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, Crosstab dan Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan responden memerlukan pemerhatian EAP bagi empat permasalahan utama iaitu masalah tekanan, kerja, kerjaya dan persekitaran fizikal. Terdapat hubungan yang signifikan antara empat permasalahan iaitu masalah kewangan, kerohanian, tekanan dan hubungan interpersonal dengan kesemua permasalahan lain. Justeru itu dicadangkan satu model EAP terdiri daripada tujuh elemen utama iaitu objektif, perkhidmatan, sumber kaunselor, polisi dan prosedur, lokasi perundingan, pentadbiran dan penglibatan kesatuan sekerja.