FENOMENA EVOLUSI DAN REVOLUSI MAKNA PERKATAAN MELAYU: TINJAUAN AWAL

Bahasa berubah seiring dengan perkembangan kemodenan tamadun manusia. Perubahan bahasa adakalanya berlaku secara perlahan-lahan dan adakalanya berlaku secara drastik. Manusia sebagai penutur bagi satu-satu bahasa tidak dapat mengelak daripadaimpak teknologi maklumat yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Robiah, Meor Osman, Chong, Shin
Format: Article
Language:English
Published: Malay Arts, Culture and Civilization Research Centre,Institute of the Malay World and Civilization 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/30478/1/FENOMENA%20EVOLUSI%20DAN%20REVOLUSI%20MAKNA%20PERKATAAN%20MELAYU%20TINJAUAN%20AWAL.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/30478/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa berubah seiring dengan perkembangan kemodenan tamadun manusia. Perubahan bahasa adakalanya berlaku secara perlahan-lahan dan adakalanya berlaku secara drastik. Manusia sebagai penutur bagi satu-satu bahasa tidak dapat mengelak daripadaimpak teknologi maklumat yang secara langsung menyebabkan perubahan bahasa. Penutur juga tidak dapat menahan bahasa daripadaterus berkembang secara pantas dan drastik kesan daripadagaya komunikasi masyarakat dunia yang berteraskan dunia rangkaian jalur lebar. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti kelainan makna daripadasegi evolusi (dalam dua Kamus yang dibandingkan iaitu Kamus R. O Windstedt (1960) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007)) dan daripadasegi revolusi menerusi penggunaan sesuatu kata di media dalam talian iaituFacebook dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Kajian ini juga memanfaatkan carian enjin google trends untuk melihat populariti kata yang dianalisis. Sebanyak tiga kata dianalisis iaitu kisah, kunyit dan kencing. Hasil kajian menunjukkan terdapat kelainan antara perubahan makna kata yang dikaji daripadasegi evolusi dan revolusi. Walaupun terdapat perbezaan antara perubahan makna evolusi dan revolusi, namun kedua-dua perubahan ini tetap memberikan sumbangan kepada Perkamusan Melayu. Dunia perkamusan Melayu dilihat perlu bergerak seiring dengan arus globalisasi masyarakat agar ia terus kekal relevan sebagai dokumen penting penggunaan bahasa penuturnya.