Peralatan Senaman Gim Pelbagai Fungsi

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan rekaan peralatan senaman gim pelbagai fungsi dan mudah alih yang moden bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna peralatan senaman gim ketika bersenam. Rekaan peralatan senaman yang dihasilkan adalah inovasi dari peralatan sena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arifin, Bin Mohammad Sidek
Format: Final Year Project Report
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/29077/1/PERALATAN%20SENAMAN%20GIM%2024pgs.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/29077/4/Arifin%20Bin%20Mohammad%20Sidek%20ft.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/29077/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan rekaan peralatan senaman gim pelbagai fungsi dan mudah alih yang moden bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna peralatan senaman gim ketika bersenam. Rekaan peralatan senaman yang dihasilkan adalah inovasi dari peralatan senaman EZ curl bar yang telah direka bentuk semula dengan reka bentuk yang lebih moden untuk mencapai objektif kajian. Rekaan peralatan senaman ini menitik beratkan rekaan yang mudah alih dimana dengan penggunaan bahanbahan yang ringan dan lasak pada masa yang sama ianya juga mengurangkan penggunaan kos supaya peralatan ini mampu milik. Selain itu, peralatan senaman ini juga merupakan gabungan daripada peralatan senaman seperti EZ curl bar, Push up stand dan Resistance band yang direka bentuk semula dalam sebuah reka bentuk produk untuk menjadikan produk yang multi fungsi dimana ianya dapat dilakukan oleh pelbagai latihan upper body dan lower body. Akhir sekali, reka bentuk yang juga didatangkan dengan sistem pemasangan yang pasang siap membolehkan pengguna menggunakan peralatan senaman ini dengan mudah. Selain itu, ianya juga direka khas untuk semua golongan pengguna dewasa teruatama sekali untuk golongan yang masih amatur dalam bidang senaman yang pada masa yang sama mereka juga dapat belajar untuk melakukan latihan tanpa berhadapan dengan risiko yang boleh menyebabkan kecederaan. Hal ini kerana perlatan senaman ini didatangkan dengan Resistance band yang berfungsi untuk menggantikan pemberat yang kebiasaannya digunakan pada peralatan senaman seperti Dumbbell boleh mengurangkankan peratusan untuk pengguna mendapat kecederaan disebabkan kecuaian. Oleh itu, dengan adanya kajian dan rekaan ini, penyelidik berharap ianya akan mendatangkan manfaat kepada pengguna ketika bersenam dimana pengguna tidak lagi perlu risau jika tidak berkesempatan atau tiada masa terluang untuk ke gim kerana dengan adanya peralatan ini, pengguna dapat bersenam dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa kerana ianya direka khas dengan reka bentuk yang mudah alih