Domain Rezeki dalam Peribahasa Melayu Berorientasikan Aves Melalui Perspektif Semantik Inkuisitif

Aves dapat dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap;sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Ia juga adalah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga ke kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Kewuj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Zaid, Daud
Format: Article
Language:English
Published: MALTESAS 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/28809/3/Domain%20Rezeki%20dalam%20Peribahasa%20Melayu%20%28abstract%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/28809/
https://maltesas.my/msys/explore/detailsg.php?det=28
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aves dapat dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap;sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Ia juga adalah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga ke kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Kewujudan Aves dalam peribahasa Melayu dapat dipecahkan lagi kepada beberapa sub haiwan yang lain iaitu ayam (Gallus gallus domesticus), burung (Bird), itik (Anas platyrhynchos) dan angsa (Anserini). Kajian ini berbentuk kualitatif dalam menganalisis peribahasa Melayu yang berunsurkan Aves melalui perspektif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dalam domain “rezeki”. Dapatan data diperoleh daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain. Seterusnya, analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan dalam kajian ini dengan berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Penggunaan data korpus ini bukan sahaja mampu memberikan anteseden tambahan kepada pengkaji malahan dapat membantu pengkaji memahami konteks sebenar peribahasa tersebut sehinggalah ke akal budi penuturnya.