Individu dan Pemilihan Dialek: Kajian Kes di Kota Samarahan, Sarawak

Dialek boleh dirujuk sebagai kepelbagaian bentuk bahasa yang dapat dibezakan melalui cara sebutan dan tatabahasanya. Oleh itu, kajian ini akan meninjau perspektif dan sikap individu terhadap dialek mereka. Di samping itu, kajian ini turut melihat sebab pemilihan dialek mengikut situasi dibantu denga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Shahrul Nizam, Abd Wahid, Muhammad Zaid, Daud
Format: Article
Language:English
Published: MALTESAS 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/28806/3/Individu%20dan%20Pemilihan%20Dialek%20%28abstrak%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/28806/
https://maltesas.my/msys/explore/detailsg.php?det=45
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dialek boleh dirujuk sebagai kepelbagaian bentuk bahasa yang dapat dibezakan melalui cara sebutan dan tatabahasanya. Oleh itu, kajian ini akan meninjau perspektif dan sikap individu terhadap dialek mereka. Di samping itu, kajian ini turut melihat sebab pemilihan dialek mengikut situasi dibantu dengan Teori Pemilihan Bahasa (1970) dan Teori Akomodasi Pertuturan (1973). Titik penelitian kajian ini adalah di Kota Samarahan, Sarawak (Desa Ilmu, Taman Samarindah dan Universiti Malaysia Sarawak). Satu pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah dijalankan terhadap 30 orang responden yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan umur iaitu lingkungan 20 tahun ke bawah (kumpulan A), kumpulan umur dalam lingkungan 21-25 tahun (kumpulan B) dan kumpulan umur lingkungan 26 tahun ke atas (kumpulan C). Pembahagian peringkat umur mengikut kumpulan ini bertujuan untuk melihat variasi pemilihan dialek individu terbabit. Dapat dirumuskan bahawa, hubungan individu dan pemilihan dialek mereka disebabkan oleh sikap dan perasaan individu dalam mengadaptasikan perbualan harian mereka mengikut situasi.