Tradisi Lisan Timang Gawai Kelingkang Nanga Dalam Masyarakat Iban Di Sarawak: Satu Penelitian Awal (Oral Traditional of Timang Gawai Kelingkang Nanga among Iban Community in Sarawak: Pliminery Observation)

Masyarakat Iban merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Tradisi lisan merupakan salah satu warisan yang harus diketengahkan oleh masyarakat Iban kepada masayarakat luar. Kebanyakan tradisi lisan yang digunakan dalam masyarakat Iban mempunyai tujuan dan fungsi y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jeniffer Empiang, Liman, Beatrice Anne, Saga, Noria, Tugang, Fujica, Anak Anggo
Format: E-Article
Language:English
Published: Asian Scholars Network 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/28303/1/7464-1393-24618-1-10-20191211%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/28303/
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/7464
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Iban merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Tradisi lisan merupakan salah satu warisan yang harus diketengahkan oleh masyarakat Iban kepada masayarakat luar. Kebanyakan tradisi lisan yang digunakan dalam masyarakat Iban mempunyai tujuan dan fungsi yang tertentu seperti timang. Timang digunakan oleh individu tertentu dalam perlaksanaan gawai. Timang merupakan tradisi lisan yang bersifat folklore. Oleh itu, timang hanya digunakan oleh masyarakat Iban dalam perlaksanaan gawai yang berkaitan dengan kepercayaan mereka seperti Gawai Kelingkang Nanga. Gawai Kelingkang Nanga merupakan sebuah gawai yang berstatus tertinggi di antara gawai yang lain dan berkait dengan keberanian lelaki Iban. Gawai tersebut hanya dapat dilaksanakan oleh individu yang telah mengetuai rombongan ngayau dan dikenali sebagai Tuai Kayau atau Tuai Serang. Dalam kajian ini, penyelidik lebih fokus dengan makna tersirat yang terdapat dalam leka timang Gawai Kelingkang Nanga dan kaedah pelestarian yang harus dititikberatkan bagi mengekalkan kewujudan leka timang tersebut. Selain itu, penyelidikan ini juga menerangkan secara ringkas kepentingan adat beburung dalam kepercayaan masyarakat Iban semasa menjalankan ekspedisi ngayau. Hal ini bertujuan untuk generasi yang akan datang agar mengetahui tentang perayaan dan leka timang Gawai Kelingkang Nanga. Penyelidikan ini memperoleh data terus daripada informan yang pakar dalam bidang tradisi lisan dan pengamal seperti lemambang.