Hubungan antara Kepercayaan Epistemologi dengan Kognisi Epistemik Sejarah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Bahagian Kuching dan Samarahan, Sarawak

Kajian ini berasaskan kaedah campuran dengan reka bentuk eksplanatori bersekuens adalah untuk menjelaskan secara kuantitatif hubungan antara kepercayaan epistemologi sejarah dengan kognisi epistemik sejarah dalam kalangan pelajar daripada 416 bilik kelas di 63 buah sekolah menengah di Bahagian Kuchi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Teo, Anak Juin
Format: Thesis
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/26687/6/Teo%20Juin.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/26687/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berasaskan kaedah campuran dengan reka bentuk eksplanatori bersekuens adalah untuk menjelaskan secara kuantitatif hubungan antara kepercayaan epistemologi sejarah dengan kognisi epistemik sejarah dalam kalangan pelajar daripada 416 bilik kelas di 63 buah sekolah menengah di Bahagian Kuching dan Bahagian Samarahan, Sarawak. Kajian ini juga mendokumenkan secara kualitatif komponen pengajaran epistemik, kepercayaan epistemologi guru sejarah, kepercayaan epistemologi pelajar, dan representasi pengetahuan epistemik yang wujud dalam konteks mikro bilik kelas sejarah. Dapatan analisis deskriptif membuktikan bahawa pelajar Tingkatan Empat memiliki kepercayaan epistemologi sejarah dan kognisi epistemik. Dapatan analisis model pengukuran reflektif telah membuktikan bahawa instrumen yang digunakan adalah berkualiti dalam mengukur konstruk kepercayaan epistemologi sejarah dan konstruk kognisi epistemik sejarah. Dapatan analisis model struktural telah membuktikan bahawa kepercayaan epistemologi mempunyai hubungan yang signifikan serta berkualiti dengan kognisi epistemik sejarah. Dokumentasi kualitatif berdasarkan kaedah triangulasi terhadap konteks mikro bilik kelas sejarah telah membuktikan wujudnya komponen-komponen epistemik yang saling berinteraksi pada aras pemikiran absolutisme-pendirian penyalin, multiplisme-pendirian peminjam, dan evaluatisme-pendirian kriterialis pada kadar tersendiri. Turut diketengahkan adalah cadangan dan harapan kepada perealisasian elemen epistemik dalam pengajaran-pembelajaran sejarah, di samping kajian lanjutan tentang epistemik di bilik kelas sejarah. Kata kunci: kepercayaan epistemologi, kognisi epistemik, pengajaran epistemik, representasi pengetahuan epistemik