Amalan Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak

Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan etnik ketiga terbesar di Sarawak kaya dengan khazanah sumber warisan dan budaya. Antaranya ialah amalan-amalan kebudayaannya yang terserlah namun kurang diketahui oleh generasi muda hari ini. Akibat modenisasi dan arus globalisasi amalan budaya tradisional ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosnah, Mustafa, Radina, Mohamad Deli, Monaliza, Sarbini-Zin, Wan Robiah, Meor Osman
Format: E-Article
Language:English
Published: Elsevier Ltd. 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/17648/1/Amalan%20perubatan%20tradisional%20masyarakat%20Melayu%20Sarawak%20%28abstract%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/17648/
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814031644
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan etnik ketiga terbesar di Sarawak kaya dengan khazanah sumber warisan dan budaya. Antaranya ialah amalan-amalan kebudayaannya yang terserlah namun kurang diketahui oleh generasi muda hari ini. Akibat modenisasi dan arus globalisasi amalan budaya tradisional yang diamalkan oleh golongan tua dalam masyarakat Melayu Sarawak yang semakin kurang dipraktikkan mahupun diketahui oleh generasi muda. Justeru, kajian ini akan menampung kelompangan ini, iaitu bertujuan untuk mendokumentasikan amalan-amalan perubatan tradisional seperti ‘beconteng’, ‘bepaus’, ‘bekebo’, ‘besembor’, dan sebagainya yang sering diamalkan oleh generasi lama masyarakat Melayu Sarawak apabila menangani masalah-masalah ringan berkaitan kesihatan seharian mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik, temu bual dan rakaman di lapangan. Antara lain kajian ini juga akan mengupas aspek nilai dan pandangan mengenai kepentingan melestarikan amalan ini, khususnya daripada perspektif informan kajian dan budaya Melayu Sarawak. Pendokumentasian ini dilihat penting bagi memastikan keunikan ritual atau amalan perubatan ini direkod dan disimpan untuk memelihara khazanah keunikan masyarakat Melayu Sarawak.