Menelusuri Estetika Tradisi Lisan Berladuh Lanang

Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan masyarakat ketiga terbesar di Sarawak terkenal dengan tradisi lisan yang diwarisi turun-temurun. Hal ini boleh dilihat dari segi adat dan budaya yang tercermin melalui aktiviti atau upacara seperti merisik, pertunangan, perkahwinan, mengandung, kelahiran, kem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Robiah, Meor Osman
Format: E-Article
Language:English
Published: Issues in Language Studies 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/10062/1/Menelusuri%20Estetika%20Tradisi%20Lisan%20Berladuh%20Lanang%20%28abstract%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/10062/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan masyarakat ketiga terbesar di Sarawak terkenal dengan tradisi lisan yang diwarisi turun-temurun. Hal ini boleh dilihat dari segi adat dan budaya yang tercermin melalui aktiviti atau upacara seperti merisik, pertunangan, perkahwinan, mengandung, kelahiran, kematian dan sebagainya. Kehalusan budi dan budaya yang diwarisi ini menjadi simbol jati diri dan keunikan bangsa Melayu Sarawak. Nyanyian tradisi yang popular dalam masyarakat Melayu Sarawak ialah Berladuh Lanang. Nyanyian tradisi ini ialah sebahagian daripada hasil kreativiti yang tercipta secara spontan dan menjadi siulan serta lagu-Iaguan dalam kalangan masyarakatnya. Nyanyian ini juga sarat dengan nilai estetikanya yang menyelitkan unsur alam dengan mesej kasih sayang dan kesantunan yang mewarnai setiap kata yang dicipta. Oleh itu, karya tradisi harus diangkat, diketengahkan, diteliti dan didokumentasikan keindahan dan keunikannya untuk tontonan serta kebanggaan seluruh ahlinya agar tidak luntur ditelan zaman.