Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Pemetaan dan Analisis Taburan Bahasa: Penilaian Sorotan Literatur (The Use of Geographic Information Systems (GIS) in Mapping and Analyzing Language Distribution: A Highlight Assessment)

Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam linguistik ialah satu bidang yang menggabungkan analisis ruangan dan data linguistik untuk mengkaji hubungan antara bahasa dan lokasi geografi. Pendekatan ini dapat membantu penyelidik untuk meneroka pengaruh persekitaran fizikal, budaya dan dinamik sosial dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norita, Jubit, Tarmiji, Masron, Azizul, Ahmad, Jeannet, Stephen, Nor-Ina, Kanyo
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/47047/1/PENGGU~2.PDF
http://ir.unimas.my/id/eprint/47047/
https://upc.ums.edu.my/event/31/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam linguistik ialah satu bidang yang menggabungkan analisis ruangan dan data linguistik untuk mengkaji hubungan antara bahasa dan lokasi geografi. Pendekatan ini dapat membantu penyelidik untuk meneroka pengaruh persekitaran fizikal, budaya dan dinamik sosial dalam mempengaruhi taburan bahasa. Justeru, GIS adalah teknologi penting yang dapat menyelesaikan masalah fenomena yang bersifat ruangan. GIS dengan kekuatan rujukan geografinya dapat membantu mengurus jumlah data ruangan yang besar, menjalankan analisis dan menghasilkan paparan kartografi hasil peta. Walaupun GIS telah banyak diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan, jenayah, populasi, perhutanan, bioteknologi, pengangkutan dan sebagainya namun aplikasi GIS dalam kajian linguistik dan dialek masih terhad dan masih di peringkat awal. Sehingga kini, kajian-tentang aplikasi GIS dalam linguistik di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, masih berkurangan dan memerlukan pengkajian memandangkan Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mempunyai penduduk berbilang etnik dengan dialek yang pelbagai. Hasil penelitian kajian-kajian lepas kebanyakan mempunyai kelemahan dalam konteks pemilihan saiz sampel. Kebanyakan jumlah sampel tidak ditentukan berdasarkan populasi penduduk dan tidak menggunakan teknik persampelan berstrata. Selain itu, kajian lepas juga tidak mengkaji hubungan ruangan antara dialek dengan topografi secara statistik, sebaliknya hanya menggunakan peta chloropleth.