ANALISIS EUFEMISME DALAM MASYARAKAT MELANAU DALAT BERDASARKAN SEMANTIK INKUISITIF

Kajian ini melihat penggunaan eufemisme oleh masyarakat Melanau Dalat dalam pergaulan seharian. Penggunaan bahasa Melanau sepenuhnya sebagai medium komunikasi mereka mendorong pengkaji untuk menjadikan masyarakat di kawasan ini sebagai sebagai kawasan utama kajian. Pengkaji melihat bidang kajian sem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: SHERILYNE, BIYOL
Format: Thesis
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/34835/3/Sherilyne%20ft.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/34835/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini melihat penggunaan eufemisme oleh masyarakat Melanau Dalat dalam pergaulan seharian. Penggunaan bahasa Melanau sepenuhnya sebagai medium komunikasi mereka mendorong pengkaji untuk menjadikan masyarakat di kawasan ini sebagai sebagai kawasan utama kajian. Pengkaji melihat bidang kajian semantik pada aspek yang lebih mendalam jarang ditemui dalam kajian Melanau. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti eufemisme dalam kalangan masyarakat Melanau Dalat dan menganalisis eufemisme tersebut menggunakan Semantik Inkuisitif. Dalam kajian ini, konsep penggunaan dan pengkategorian eufemisme berdasarkan Teori Allan & Burridge (1991) dijadikan sebagai panduan kutipan data seterusnya dianalisis menggunakan Teori Semantik Inkuisitif bagi melihat dengan lebih mendalam akal budi penutur masyarakat Melanau Dalat. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif iaitu sebuah kajian lapangan untuk menjalankan kajian ini. Hasil kajian mendapati, sebanyak 36 data bagi bahasa halus yang berjaya dikumpul daripada dua informan. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa penggunaan eufemisme dalam kalangan masyarakat ini banyak menggunakan benda yang ada dekat dengan diri mereka seperti kucing, ulat mulong dan lain-lain. Pengkaji berharap agar akan ada kajian lain yang merungkai eufemisme masyarakat Melanau Mukah, Matu Daro dan banyak lagi seterusnya meneliti sehingga ke akal budi penutur menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif.