Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu

Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asiah, Sarji, Prof. Dr.
Format: Working Paper
Language:other
Published: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2013
Subjects:
Online Access:http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/handle/123456789/30703
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.unimap-30703
record_format dspace
spelling my.unimap-307032013-12-20T08:40:49Z Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu Asiah, Sarji, Prof. Dr. Pendudukan Tentera Jepun Penyiaran radio Ketuanan Melayu Media Raja Melayu Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Media telah dikenali selepas Perang Dunia Pertama sebagai alat penguasaan minda yang sangat efektif bagi semua kelompok masyarakat dunia dalam menyampaikan mesej sama ada di Amerika Syarikat mahupun di negara-negara lain di Eropah, khususnya penyiaran radio. Ini kerana penyiaran radio tidak memerlukan celik huruf untuk mendekati dan menghayati kandungannya. Kertas ini memaparkan hasil kajian yang dilakukan terhadap penyiaran radio sewaktu zaman Jepun dalam konteks memperkasakan agama Islam dan adat Melayu di sepanjang tempoh pendudukan tentera Jepun (PTJ) dari tahun 1942-1945. Kertas ini menggunakan hasil kajian tersebut bagi mengesan sejauhmanakah keputusan persidangan raja-raja Melayu yang dianjurkan oleh pihak Pentadbiran Tentera Jepun (PTJ) yang diadakan di Singapura dalam tahun 1943 diaplikasi melalui radio yang ditadbirkan oleh pihak PTJ. Landasan kajian ini adalah pertama, negara Jepun melalui stesen radionya, NHK, memang melaksanakan fungsi pembangunan dalam pendekatan, penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangannya. Kedua, hampir semua kajian-kajian lalu menunjukkan bahawa dasar PTJ terhadap orang Melayu adalah positif berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Persoalan pertama kajian ini adalah sejauhmanakah institusi raja-raja pada waktu itu mempengaruhi pentadbir penyiaran radio dalam strategi penyiaran rancangan-rancangan yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Persoalan lain adalah adakah sikap PTJ terhadap raja-raja Melayu itu mempengaruhi pembentukan dan penyiaran rancangan-rancangan berbahasa Melayu, Islam dan adat istiadat melalui Radio Shonan yang ditadbirkan oleh PTJ. Hasil kajian dan analisis yang dibuat mendapati dasar PTJ terhadap rajaraja Melayu mempunyai landasan yang kukuh dalam konteks penghormatan terhadap sistem raja. Walaupun dalam banyak keadaan, landasan sikap ini bertentangan dengan pendekatan penaklukan yang cuba dilaksanakan yang mana akhirnya dalam tahun 1943-1944 sikap ini terserlah yang mempamerkan bahawa pemerintah kerajaan Jepun mempunyai sikap yang positif dan menghormati institusi ini khususnya yang berkaitan dengan kuasa terhadap pengurusan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Kenyataan ini disokong dengan data mengenai penyiaran rancangan berbahasa Melayu, penyertaan orang Melayu dalam penyiaran serta kekerapan menyiarkan rancangan-rancangan berunsur Islam yang didapati jauh lebih tinggi daripada rancangan berbahasa lain terutamanya dalam tahun 1943 dan 1944. Rumusannya ialah terdapat keselarian yang strategik antara sikap PTJ terhadap institusi raja-raja dengan kandungan rancangan-rancangan radio yang ditadbirkan oleh PTJ sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua itu. 2013-12-20T08:40:49Z 2013-12-20T08:40:49Z 2013-06-05 Working Paper p. 263-280 978-967-5415-57-9 http://hdl.handle.net/123456789/30703 other Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013; Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia
institution Universiti Malaysia Perlis
building UniMAP Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Perlis
content_source UniMAP Library Digital Repository
url_provider http://dspace.unimap.edu.my/
language other
topic Pendudukan Tentera Jepun
Penyiaran radio
Ketuanan Melayu
Media
Raja Melayu
spellingShingle Pendudukan Tentera Jepun
Penyiaran radio
Ketuanan Melayu
Media
Raja Melayu
Asiah, Sarji, Prof. Dr.
Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu
description Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
format Working Paper
author Asiah, Sarji, Prof. Dr.
author_facet Asiah, Sarji, Prof. Dr.
author_sort Asiah, Sarji, Prof. Dr.
title Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu
title_short Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu
title_full Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu
title_fullStr Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu
title_full_unstemmed Pendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayu
title_sort pendudukan jepun, penyiaran radio dan ketuanan melayu
publisher Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
publishDate 2013
url http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/handle/123456789/30703
_version_ 1643796113408393216
score 13.214268