Laporan Tahunan 2007

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula daripada Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu . Ia mula beroperasi pada tahun 1979 bagi menyediakan kemudahan latihan kepada pelajar program Perikanan dan Sain...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Malaysia Terengganu
Format: Book
Language:other
Published: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu 2017
Subjects:
Online Access:http://hdl.handle.net/123456789/7721
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula daripada Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu . Ia mula beroperasi pada tahun 1979 bagi menyediakan kemudahan latihan kepada pelajar program Perikanan dan Sains Samudera, UPM. Pada Jun 1996, UPM melalui penstrukturan semula program akademiknya telah menaik taraf Pusat Perikanan dan Sains Samudera kepada kampus cawangan dan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Kuala Terengganu dan ditukarkan nama kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT). Selain itu Fakulti Sains dan Sastera lkhtisas dan Pusat Pengajian Matrikulasi turut ditubuhkan di kampus cawangan ini yang dipanggil Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT). Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan pada 20 Jun 2001 dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM ) selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan bidang sains dan teknologi. Pada 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT).