Pemodelan geometri menggunakan teori set kabur

Pemodelan geometri dan teori set kabur telah dikembangkan dan diguna dengan meluasnya dalam berbagai cabang matematik, termasuk juga sains dan kejuruteraan. Supaya model yang boleh dipercayai diperolehi, parameter bagi persamaan yang terlibat mestilah tepat. Bagaimanapun, nilai-nilai yang tepat tida...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Fatah Wahab
Format: Thesis
Language:other
Published: Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://dspace.psnz.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/3068
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemodelan geometri dan teori set kabur telah dikembangkan dan diguna dengan meluasnya dalam berbagai cabang matematik, termasuk juga sains dan kejuruteraan. Supaya model yang boleh dipercayai diperolehi, parameter bagi persamaan yang terlibat mestilah tepat. Bagaimanapun, nilai-nilai yang tepat tidak selalunya dapat dibekalkan, dan lazimnya pada suatu tahap tertentu selalunya tidak pasti. Tesis ini memperkenalkan model hibrid kabur berasaskan pemodelan geometri rangup dan teori set kabur. Oleh itu, beberapa model hybrid kabur seperti model fungsi splin kabur, model Bezier kabur, model splin-B kabur dan model "NURBS' kabur untuk perwakilan lengkung dan permukaan bagi set data ketakpastian dikaji dan dibangunkan.