Analisis kecekapan relatif industri insurans hayat dan am di Malaysia menggunakan analisis sempadan stokastik (ASS)

Kebanyakan masyarakat di Malaysia tidak jelas dengan definisi insurans serta kepentingannya. Insurans ditakrifkan sebagai satu cara pemindahan risiko daripada pemegang polisi kepada syarikat insurans jika berlaku kerugian atau musibah. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan relatif bagi indus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Arif Awang Nawi
Format: Thesis
Language:other
Published: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu 2014
Subjects:
Online Access:http://dspace.psnz.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/3002
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebanyakan masyarakat di Malaysia tidak jelas dengan definisi insurans serta kepentingannya. Insurans ditakrifkan sebagai satu cara pemindahan risiko daripada pemegang polisi kepada syarikat insurans jika berlaku kerugian atau musibah. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan relatif bagi industri Insurans Hayat dan Insurans Am di Malaysia dengan menggunakan Analisis Sempadan Stokastik (ASS) berpandukan model Battese dan Coelli. Sebanyak 39 buah syarikat insurans telah dikumpulkan dan ianya terdiri daripada 26 buah syarikat Insurans Am dan 13 buah syarikat Insurans Hayat. Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian FRONTIER melalui kaedah kebolehjadian maksimum (MLE) untuk menunjukkan kecekapan relatif sesuatu syarikat insurans. Keputusan yang diperolehi menunjukkan Syarikat Mayban Life berada pada pangkat 1 (skor kecekapan tertinggi) bagi syarikat Insurans Hayat. Manakala bagi Insurans Am, skor yang tertinggi adalah Syarikat OCA (pangkat 1). Prestasi kecekapan industri Insurans Hayat dan Am meningkat setiap tahun dengan peningkatan dari sebanyak 0.01 (1%) hingga 0.17 (17%). Keputusan penganggaran bagi Syarikat Insurans Hayat menunjukkan bahawa keanjalan jumlah keuntungan bagi perbelanjaan pengurusan adalah paling tinggi iaitu 0.5298 berbanding Syarikat Insurans Am. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dengan sekurang-kurangnya pertambahan sebanyak 1% hingga 17% bagi Insurans Hayat dan Insurans Am setiap tahun.