Kajian perbandingan suhu dan kemasinan di Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Profil menegak suhu, saliniti dan ketumpatan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia, telah dikaji. Perbandingan telah dilakukan berdasarkan kepada musim dan kawasan perairan. Perbandingan musim telah dilakukan antara Monson Timur Laut dan Monson Barat Daya (d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fakhrul Anwar Abu Hasan
Format: Working Paper
Language:other
Published: Terengganu: Kolej Universiti Terengganu 2014
Subjects:
Online Access:http://dspace.psnz.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/2776
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Profil menegak suhu, saliniti dan ketumpatan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia, telah dikaji. Perbandingan telah dilakukan berdasarkan kepada musim dan kawasan perairan. Perbandingan musim telah dilakukan antara Monson Timur Laut dan Monson Barat Daya (di kawasan yang sama), manakala perbandingan kawasan telah dilakukan antara Perairan Selat Melaka dan Perairan Laut China Selatan (dalam musim yang sama). Perbezaan nilai suhu, kemasinan dan ketumpatan adalah kecil di antara Monson Barat Daya dan Monson Timur Laut, di kedua-dua pantai. Namun nilai yang lebih tinggi diperolehi dalam Monson Barat Daya. Pantai timur mempunyai suhu, kemasinan dan ketumpatan yang lebih rendah ketika Monson Timur Laut berbanding Monson Barat Daya. Termoklin, haloklin dan pinoklin hanya dikesan ketika Monson Barat Daya terutama di blok-blok kajian yang terletak di selatan kawasan perairan. Di pantai barat, ketika Monson Barat Daya, suhu adalah lebih tinggi berbanding ketika Monson Timur Laut, tetapi kemasinan dan ketumpatan adalah lebih rendah.