Kajian tekno-ekonomik bot tunda di Sandakan, Sabah

Kajian tekno-ekonomik bot tunda di Sandakan adalah kajian yang pertama dijalankan di Sandakan. Data sekunder terkumpul adalah amat terhad untuk dijadikan rujukan dan tidak memenuhi keperluan kajian. Oleh yang demikian, kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara terus dengan menggunakan bo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Masliah Abdul Ghaffar
Format: Working Paper
Language:other
Published: Terengganu: Kolej Universiti Terengganu 2014
Subjects:
Online Access:http://dspace.psnz.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/2731
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tekno-ekonomik bot tunda di Sandakan adalah kajian yang pertama dijalankan di Sandakan. Data sekunder terkumpul adalah amat terhad untuk dijadikan rujukan dan tidak memenuhi keperluan kajian. Oleh yang demikian, kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara terus dengan menggunakan borang soalselidik. Kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada bakal pelabur yang berminat untuk menceburkan diri dalam sektor perikanan di Sandakan, Sabah. Pengumpulan data teknikal ciri-ciri bot adalah bertujuan untuk melihat tahap teknologi bot yang sedang digunakan dan bertujuan untuk memberi cadangan teknologi yang lebih sesuai untuk memberi kuantiti tangkapan yang maksimum. Kajian mendapati, bot bersaiz 34 hingga 70 Grt menunjukkan performan yang terbaik berbanding bot-bot dari saiz lain. Dari segi pelaburan, bot-bot dalam kelas ini mampu memberikan pulangan pelaburan dalam tempoh 9 bulan. Keputusan kajian menunjukkan, secara purata, tempoh pulangan pelaburan bot-bot tunda di Sandakan adalah 13 bulan. Selain faktor jualan dan kos pengeluaran, faktor usaha juga mempengaruhi kadar peningkatan tangkapan dan keuntungan.