Penggunaan Sumber Alam Setempat, Pengetahuan Tradisional Dan Penglibatan Komuniti Dalam Pengurusan Sumber Pantai Berasaskan Komuniti Di Tanah Bencah Ssetiu, Terengganu

Pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti (PSPBK) adalah satu pendekatan pengurusan dalam memelihara dan memulihara sumber pantai secara lestari oleh komuniti setempat yang menggunakan sumber alam sebagai penjanaan ekonomi harian mereka. Justeru, kajian ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hakimah Razak
Format: Thesis
Language:other
Published: Universiti Malaysia Terengganu 2022
Subjects:
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/17121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti (PSPBK) adalah satu pendekatan pengurusan dalam memelihara dan memulihara sumber pantai secara lestari oleh komuniti setempat yang menggunakan sumber alam sebagai penjanaan ekonomi harian mereka. Justeru, kajian ini menganalisis penggunaan sumber alam setempat, pengetahuan tradisional dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti di Tanah Bencah Setiu. Objektif kajian ini adalah pertama, mengenal pasti penggunaan sumber alam setempat dalam pengurusan sumber pantai; kedua, menganalisis pengetahuan tradisional komuniti tanah bencah mengenai pengurusan sumber pantai secara lestari; dan ketiga, menghuraikan penglibatan komuniti Tanah Bencah Setiu dalam pengurusan sumber pantai secara lestari. Kajian ini menggunakan Teori Pemodenan Ekologikal yang melihat peranan komuniti, kerajaan dan industri dalam konteks kelestarian. Namun, kajian membuat Modifikasi kepada teori iaitu peranan industri ditukar kepada peranan NGO bagi disesuaikan dalam konteks kajian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang mana menggunakan kajian kepustakaan dan kajian lapangan.