Keberkesanan terapi seni ekspresif terhadap penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual
Terapi Seni Ekspresif merupakan salah satu pendekatan inovatif yang semakin mendapat perhatian dalam profesion kaunseling. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Terapi Seni Ekspresif terhadap penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
2022
|
Online Access: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16004 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terapi Seni Ekspresif merupakan salah satu pendekatan inovatif yang semakin
mendapat perhatian dalam profesion kaunseling. Kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti keberkesanan penggunaan Terapi Seni Ekspresif terhadap
penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja yang
terlibat dengan tingkah laku seksual. Kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk
kuasi eksperimen ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan tidak setara ini
melibatkan 96 orang remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual dari Sekolah
Tunas Bakti Marang, Terengganu. Sampel kajian ini dipilih menggunakan kaedah
pensampelan bertujuan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menerima intervensi Terapi Seni
Ekspresif manakala kumpulan kawalan pula menjalani aktiviti di institusi seperti
biasa. Rosenberg Self Esteem Scale (RSES), Cognitive Distortion Scale (CDS) dan
juga Spiritual Well-Being Scale (SWBS) digunakan sebagai soal selidik untuk
mengukur penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual.
Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan
peratus manakala statistik inferensi pula menggunakan ujian MANOVA dan ujian-T
sampel tidak bersandar. |
---|