Tahap penerimaan pelajar terhadap makanan yang dijual dan kebolehdapatannya di kantin-kantin kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah
Responden berjumlah seramai 364 orang di mana ia meliputi 170 lelaki dan 194 perempuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang meliputi soalan berkenaan data demografi, penerimaaan, faktor pemilihan, pegetahuan dan juga kebolehdapatan makanan di kantin-kantin kolej kediama...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7601/1/ae0000001559.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7601/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Responden berjumlah seramai 364 orang di mana ia meliputi 170 lelaki dan 194 perempuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang meliputi soalan berkenaan data demografi, penerimaaan, faktor pemilihan, pegetahuan dan juga kebolehdapatan makanan di kantin-kantin kolej kediaman UMS. Objektif kaijian ini adalah untuk mengetahui tahap kepuasaan, kesukaan dan pendapat para
pelajar tehadap makanan yang dijual dan kebolehdapatannya di kantin-kantin kolej kediaman UMS. Kebersihan makanan, kesegaran makanan serta kemudahan yang ada merupakan faktor utama yang mempengaruhi kekerapan pembelian makanan. Jenis
masakan yang paling disukai adalah makanan yang ditumis, berkuah atau bersos dan juga makanan yang digoreng. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
ketiga-tiga jenis hidangan ini (x2=1 .731, p>0.05), iaitu seramai 249 responden menyukai masakan yang bertumis, 224 orang responden suka kepada makanan yang bersos dan
seramai 222 orang responden yang gemar kepada makanan yang digoreng. Terdapat perhubungan yang signifikan (x2=11 .741, p≤0.05) antara status kewangan pelajar dengan kekerapan mengambil makanan. Selain daripada itu, terdapat juga perhubungan yang signifikan (x2=97.009, p≤0.05) di antara jantina responden dengan melihat pada harga makanan sebelum pembelian dibuat. Tahap kepuasan pelajar terhadap kantinkantin secara keseluruhan adalah pada tahap yang sederhana dan 88.7% berpendapat bahawa kemudahan seperti tempat membasuh tangan dan tisu harus disediakan.
Makanan yang berasaskan daging ayam dan sayur-sayuran adalah yang paling sering diambil oleh responden dan sebanyak 43.3% suka kepada makanan yang berasaskan daging ayam. Kesimpulannya, tahap penerimaan responden terhadap makanan yang dijual di kantin-kantin kolej kediaman kampus UMS adalah pada tahap sederhana dan kebersihan makanan menjadi faktor yang paling utama dalam pemilihan makanan oleh
responden. Selain itu, makanan laut merupakan makanan yang agak jarang didapati di kantin-kantin ini dan daging ayam merupakan jenis makanan yang paling banyak didapati daripada setiap kantin. |
---|