Analisis fasies dan kajian diagenesis formasi Crocker dan formasi Temburong di Tenom, Sabah
Formasi Crocker dan Formasi Temburong merupakan endapan sedimen yang diendapkan di bawah arus turbidit laut dalam. Hasil daripada kajian fasies di bahagian Formasi Crocker dan Formasi Temburong terdapat enam fasies yang dapat dikenalpasti. Kajian di bahagian Formasi Crocker, mengumpulkan empat fasie...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42968/2/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42968/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42968/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Formasi Crocker dan Formasi Temburong merupakan endapan sedimen yang diendapkan di bawah arus turbidit laut dalam. Hasil daripada kajian fasies di bahagian Formasi Crocker dan Formasi Temburong terdapat enam fasies yang dapat dikenalpasti. Kajian di bahagian Formasi Crocker, mengumpulkan empat fasies yang dapat dibezakan. Antaranya ialah fasies 1 (F1: Lapisan Ta-Tb), fasies 2 (F2: Lapisan Ta-Te), fasies 3 (F3: Lapisan Tb/Tc-Te) dan fasies 4 (F4: Lapisan Tc-Te). Kajian di bahagian Formasi Temburong pula, terdapat dua fasies yang dapat dibezakan. Antaranya ialah fasies 1 (F1: Lapisan Tb/Tc-Te) dan fasies 2 (F2: Lapisan Te/Tf). Mengikut tafsiran yang dibuat berdasarkan kajian fasies Formasi Crocker ditafsirkan sebagai fasies alur laut dalam, fasies lob, fasies levee dan fasies lob distal. Formasi Temburong pula hanya ditafsirkan sebagai fasies lob distal dan fasies dataran lembangan. Kajian fasies dan asosiasi fasies Formasi Crocker dan Formasi Temburong memberi gambaran bahawa sekitaran pengendapan bagi Formasi Crocker adalah di bahagian kipas tengah laut dalam, manakala sekitaran pengendapan bagi Formasi Temburong adalah di bahagian kipas luar laut dalam. Berdasarkan beberapa bukti dan pemerhatian lapangan, Formasi Crocker dan Formasi Temburong adalah berasal daripada sistem turbidit yang sama, tetapi berlaku perubahan fasies bagi kedua-dua formasi tersebut. Buktinya adalah seperti berikut: - a) Kewujudan struktur lapisan seperti lapisan membaji di beberapa lokaliti kawasan kajian seperti di lokaliti 5 dan halogilat. b) Kewujudan lapisan yang saling menjejari di lokaliti 16. c) Ketidak wujudan bukti ketakselarasan dan hiatus antara Formasi Crocker dan Formasi Temburong di kawasan kajian. Berdasarkan komposisi sedimen dan saiz butiran yang wujud, sumber sedimen Formasi Crocker dan Formasi Temburong adalah berasal daripada sistem delta. Oleh yang demikian dicadangkan Formasi Temburong diletakkan sebagai ahli dalam Formasi Crocker ataupun sebaliknya. Kajian diagenesis di bahagian kedua-dua formasi lebih kepada analisis mineral lempung autigenik. Antara mineral autigenik yang wujud di bahagian Formasi Crocker dan Formasi Temburong ialah smektik, ilit, ilit-smektik, kaolinit/dikit dan klorit. Mineral lempung ini dianalisis dengan mengunakan pembelauan sinar-x (XRD) dan mikroskop pengimbas elektron (SEM). Mineralmineral ini sangat baik dalam memberi kesan pengurangan kepada keporosan. |
---|