Budaya dan persoalan identiti dalam kalangan komuniti Bugis di persempadanan pulau Sebatik, Sabah
Fungsi tradisi sempadan sebagai batas yang memisahkan geopolitik sesebuah negara semakin tercabar. Bahkan, peranannya untuk membataskan pengerakan barangan, manusia dan maklumat juga semakin lemah. Hal ini menjadi semakin rumit apabila wujud pertalian budaya dan hubungan darah dalam kalangan komunit...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42841/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42841/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42841/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fungsi tradisi sempadan sebagai batas yang memisahkan geopolitik sesebuah negara semakin tercabar. Bahkan, peranannya untuk membataskan pengerakan barangan, manusia dan maklumat juga semakin lemah. Hal ini menjadi semakin rumit apabila wujud pertalian budaya dan hubungan darah dalam kalangan komuniti yang hidup di sempadan. Kesan dari itu, peranan individu khususnya yang berkait tentang kesetiaan dan identiti boleh dipersoalkan. Sehubungan dengan itu, tesis ini membincangkan tentang bagaimana komuniti etnik Bugis di Kampung Sungai Aji Kuning (Malaysia) dan Desa Sei Aji Kuning (Indonesia), Pulau Sebatik memanifestasikan identiti etnik dan identiti nasional sebagai strategi untuk penghidupan (livelihood) mereka di sempadan. Kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti harian ekonomi dan sosial isirumah (household). Aktivitiaktiviti ekonomi termasuklah berdagang, berkebun dan menangkap ikan. Sementara itu, kegiatan sosial isirumah terbabit adalah dari segi persekolahan, kesihatan, dan kemudahan asas. Menerusi penyelidikan lapangan yang bemula pada Oktober 2007 hingga September 2008 mendapati bahawa komuniti sempadan ini berupaya memanipulasikan peluang-peluang penghidupan di sekitar sempadan yang didiami. Dengan menggunakan kelebihan ikatan budaya dan hubungan darah dalam kalangan komuniti, identiti etnik dan nasional mereka diterjemahkan secara strategik di kedua-dua buah negara bersempadan. Sementara itu, hasil dapatan etnografi menunjukkan bahawa hubungan keetnikan komuniti adalah lebih penting dalam menjelaskan strategi penghidupan mereka di sempadan berbanding dengan identiti nasional. Hal ini kerana identiti nasional komuniti dimanifestasikan menerusi simbolik terhadap kewarganegaraan Malaysia dan Indonesia, sebaliknya ikatan solidariti etnik Bugis yang berasaskan kepada nilai 'pesse (semangat setiakawan) mengatasi batas sempadan politik dan geografi itu sendiri |
---|