Kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja luar bandar di Jerantut, Pahang

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk memperbanyak kajian sedia ada berkenaan kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi remaja luar bandar di Malaysia. Sejumlah 400 orang remaja dari Zon Pulau Tawar, Jerantut, Pahang telah terlibat sebagai responden. Para responden telah melengkapkan satu se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Izyan Husna Wan Mohd Bashar, Hon, Kai Yee
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42766/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42766/
https://doi.org/10.51200/sapj.v12i2.5016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk memperbanyak kajian sedia ada berkenaan kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi remaja luar bandar di Malaysia. Sejumlah 400 orang remaja dari Zon Pulau Tawar, Jerantut, Pahang telah terlibat sebagai responden. Para responden telah melengkapkan satu set soal selidik atas talian merangkumi Skala Kefungsian Keluarga Malaysia (SKK-M) dan Skala Kesejahteraan Psikologi untuk Kanak-Kanak (PWB-c). Majoriti responden adalah remaja berusia 12 tahun (n = 143, 35.80%), perempuan (n = 213; 53.30%), berbangsa Melayu (n = 397, 99.30%), berlatarbelakangkan keluarga normal (n = 353, 88.30%), mempunyai ibu bapa lulusan sekolah menengah (Ibu: n = 261, 65.30%; Bapa: n = 266, 66.50%) serta berasal daripada keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah sebulan kurang RM3 900 (n = 324, 81.00%). Dapatan deskriptif mendedahkan nilai min keseluruhan bagi kefungsian keluarga dalam kalangan responden adalah M = 131.48 (SD = 12.383) manakala M = 64.14 (SD = 8.723) bagi kesejahteraan psikologi. Analisis ujian-t sampel bebas melaporkan tahap kefungsian keluarga; t (395.199) = 1.801, k>.05 dan kesejahteraan psikologi; t (396.548) = .285, k>.05 dalam kalangan responden lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza secara signifikan. Analisis Ujian Korelasi Pearson pula melaporkan terdapat hubungan positif yang sederhana tetapi signifikan antara kefungsian keluarga (M = 131.48, SD = 12.383) dan kesejahteraan psikologi (M = 64.14, SD = 8.723) dalam kalangan responden, r (400) = .457, k<.001. Pengaplikasian SKK-M dan PWB-c sebagai instrumen kajian diharapkan mempunyai implikasi dalam memahami kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi remaja luar bandar di Malaysia.