Penilaian psikometrik instrumen kesejahteraan psikologi Ryff (PWBS) dalam kalangan belia Malaysia

Instrumen Ryff Psychological well being scale (PWBS) yang di rekabentuk oleh Ryff (1989) adalah antara instrumen yang sering digunakan untuk mengukur kesejahteraan psikologi khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan penuntut di pengajian tinggi. Namun yang demikian,penilaian psikometrik instrumen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Syuhadah Romzi, Lailawati Madlan @ Endalan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42764/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42764/
https://doi.org/10.51200/sapj.v12i2.4836
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Instrumen Ryff Psychological well being scale (PWBS) yang di rekabentuk oleh Ryff (1989) adalah antara instrumen yang sering digunakan untuk mengukur kesejahteraan psikologi khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan penuntut di pengajian tinggi. Namun yang demikian,penilaian psikometrik instrumen kajian ini hanya menjadi perhatian segelintir negara Asia . Instrumen Ryff Psychological well being versi pendek mengandungi 18 item soal selidik yang menjurus kepada soalan berkaitan kesejahteraan psikologi individu seperti matlamat hidup, perkembangan kendiri, autonomi,penguasaan persekitaran dan hubungan dengan orang lain. Ringkasnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kesejahteraan psikologi Ryff (PWBS) 18 item dalam kalangan belia Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data daripada soal selidik dalam kalangan belia berumur 18-25 tahun di Tawau. Hanya 100 orang responden diperlukan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan analisis kebolehpercayaan Cronbach Alpha. Sementara itu, kesahan interkorelasi digunakan untuk menguji kesahan konstruk soal selidik. Hasil analisis menunjukkan kebolehpercayaan tinggi bagi keseluruhan item iaitu 0.70. Bagi ujian kesahan konstruk, subskala hubungan dan tujuan hidup dilihat kurang mempunyai interkorelasi dengan subskala lain. Nilai korelasi hubungan dengan autonomi (0.15) manakala hubungan dengan penguasaan (0.86) . Seterusnya, bagi nilai interkorelasi tujuan hidup dengan penguasaan adalah (0.51) serta tujuan dengan penerimaan kendiri adalah (0.28). Penialaian psikometrik instrumen PWBS dilihat penting agar dapat dijadikan rujukan dalam kajian kesejahteraan psikologi belia dalam konteks Malaysia pada masa akan datang.